Rutin Melaka Setiap Tahun Mengenai Tunggakan Gaji, Giliran Khairul Helmi Pula Tuntut Hak Beliau

Melaka nyata masih mempunyai masalah mengenai pembayaran gaji walaupun dilihat sedang rancak membuat persiapan pasukan untuk musim baharu bermula. Selain sibuk dengan memperkenalkan barisan pemain baharu, pasukan ini juga dengan bangga mengumumkan suntikan dana yang besar buat pasukan untuk musim 2022.

Bekas pertahanan Melaka, Khairul Helmi Johari mendedahkan situasi sukar yang melanda diri beliau apabila masih terbeban dengan masalah tunggakan gaji selama empat bulan yang masih belum dilunaskan oleh Melaka kepada diri beliau sehingga kini.

Pemain tersebut yang kini bakal membuat penampilan bersama Kelantan FC masih menunggu baki gaji beliau untuk dilunaskan oleh bekas majikan. Jelas beliau kecewa dengan situasi yang melanda dan sedang berusaha untuk mendapatkan hak yang sepatutnya.

Sebelum ini Melaka juga pernah menghadapi masalah yang sama berkaitan isu tunggakan gaji sehingga dibawa isu tersebut ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun lalu oleh bekas pemain import, Naruphon Putsorn.

Pemain tersebut nyata berang dengan pengurusan pasukan yang dilihat mengambil langkah sambalewa mengenai tunggakan gaji beliau sebelum ini sehingga laporan kepada FIFA dibuat untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu.

Untuk hukuman FIFA atas kes Naruphon, pasukan tersebut mengesahkan mereka tidak boleh mendaftar pemain baharu pada jendela perpindahan kedua musim lalu.

Selain itu, Curran Ferns  tidak terlepas daripada menghadapi masalah yang sama apabila beliau turut dihimpit masalah tunggakan gaji oleh pasukan yang sama. Namun, Melaka  bernasib baik apabila pemain tersebut hanya membuat laporan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sahaja.

Walaupun pemain kacukan Malaysia-Australia ini menuntut agar hukuman lebih berat daripada FAM kepada Melaka, nyata pasukan tersebut hanya diarahkan untuk membayar tunggakan gaji bernilai RM97,500 sahaja tanpa sebarang hukuman lebih berat diambil.

Pada musim 2020, Melaka pernah dipotong tiga mata pada awal musim kerana gagal membayar tuntutan gaji seperti yang ditetapkan tarikh oleh FAM. Lebih menyedihkan, FAM dilihat memberi kelonggaran buat pasukan tersebut untuk cuba menyelesaikan masalah tunggakan gaji berbanding mengambil tindakan lebih tegas agar menjadi pengajaran yang baik buat semua pasukan.

Untuk tindakan terkini, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia telah menghantar Notis Tuntutan kepada pengurusan Melaka dan menggesa agar tunggakan dapat dilunaskan selewatnya pada 19 Januari ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN