Rusia berhadapan dengan isu stadium tidak cukup kapasiti untuk penganjuran Piala Dunia 2018. Stadium Ekatenriburg Arena yang terletak di Yekaterinburg telah dipilih sebelum ini.
Namun satu pemeriksaan oleh FIFA mendapati stadium ini gagal menepati syarat minima 35,000 tempat duduk untuk menganjurkan perlawanan piala dunia.
Dengan tempoh kurang 12 bulan, Rusia sudah pastinya tidak ada masa untuk membina stadium baru. Lalu mereka datang dengan idea hollywood dengan membina seksyen tempat duduk di luar stadium.
Idea unik ini menjadikan penyokong di Yakaterinburg akan berpeluang menyaksikan Piala Dunia dari luar kawasan stadium buat pertama kali.
Tempat duduk ‘exterior’ ini akan membuatkan kapasiti keseluruhan di Ekaterinburg Arena kini daripada 27,000 kepada 45,000.
Ataupun 18,000 tambahan dan 10,000 melebihi kapasiti minimum yang ditetapkan. Ini membolehkan Ekaterinburg Arena kekal menjadi salah satu daripada 12 stadium yang menganjurkan Piala Dunia 2018.
Ramai peminat bola sepak teruja dengan berita ini dan mereka berharap pasukan mereka beraksi di sini untuk membolehkan mereka merasai pengalaman unik menyaksikan bola sepak di stadium dari tempat duduk di luar stadium.
Jom lihat beberapa koleksi gambar stadium ini buat masa ini:
Cantik bukan? Idea yang kreatif dan inovatif. Tak semua benda perlu ditukar dengan yang baru. Ada sesetangah benda tu cuma perlu diperbaiki dan dinaiktaraf sahaja. Kos lebih jimat!
Kepada anda yang mungkin meranang untuk menyaksikan Piala Dunia di Rusia nanti, harap dapat kongsikan gambar di arena ini, jika anda berada di sini kelak.