Rusia Benarkan Penyokong Bawa Ganja, Kokain & Heroin Ke Piala Dunia

Tumpuan dunia akan terarah ke Rusia pada musim panas ini apabila negara berkenaan akan menganjurkan kejohanan bola sepak terulung dunia merentas 11 bandar utama, termasuk Moscow, St. Petersburg dan Sochi.

Baki beberapa bulan sebelum sepak mula kejohanan, menyaksikan setiap pasukan gigih melakukan persiapan terakhir dalam merangka skuad akhir masing-masing yang akan mengambil bahagian di kejohanan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu.

Undian Piala Dunia

Begitu juga dengan bandar-bandar yang terlibat, dengan penduduk setempat, turut melakukan persiapan akhir yang menjanjikan janaan ekonomi tinggi ketika jutaan penyokong bola sepak dari seluruh dunia dijangka akan hadir.

Namun dalam perkembangan terbaru, Rusia mengejutkan dunia dengan pengumuman terbaru ini.

Bahawasanya penyokong-penyokong yang bakal hadir untuk menyaksikan Piala Dunia di negara berkenaan dibenarkan untuk membawa ganja, kokain dan juga heroin sepanjang temasya bola sepak terulung dunia itu berlangsung.

Berita ini kedengaran sensasi. Namun demikian, kebenaran untuk membawa bahan narkotik tersebut sebenarnya datang dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Rusia.

(Photo credit should read Julio Cesar Aguilar/AFP/Getty Images)

Akhbar The Moscow Times mendedahkan bahawa jawatankuasa penganjur Piala Dunia 2018 membenarkan bahan-bahan tersebut dibawa bersama dengan dokumen perubatan oleh doktor perubatan, dan harus ditulis di dalam Bahasa Rusia.

Untuk memastikan peraturan tersebut diikuti oleh penyokong luar yang hadir ke Rusia, pihak berkuasa negara berkenaan akan diberikan tanggungjawab untuk melakukan penguatkuasaan, terutama dalam memastikan keaslian dokumen di dalam bentuk perskrepsi oleh pegawai perubatan.

“Pegawai penguatkuasa akan ditugaskan di stadium dan checkpoints tertentu untuk memastikan kebenaran khas ini tidak disalahgunakan,” ujar komiti penganjuran Piala Dunia 2018 tersebut.

MOSCOW, RUSSIA – JANUARY 21, 2017: A dog handler with a police dog of the explosive safety department, at a training ground of the Moscow Metro police dog unit. Dogs here are trained to sniff out narcotic and psychotropic drugs, as well as explosives of various kinds. Artyom Geodakyan/TASS (Photo by Artyom GeodakyanTASS via Getty Images)

Di beberapa negara di bawah naungan Kesatuan Ekonomi Eurasian (EAEU) yang diketuai Rusia, membawa bahan larangan narkotik adalah dibenarkan buat warga asing yang tiba di negara berkenaan untuk tujuan perubatan.

Antara negara di bawah naungan EAEU selain daripada Rusia ialah Belarus dan juga Kazakhstan. Kebenaran membawa bahan larangan tersebut harus ditampilkan dengan dokumen sokongan yang diperlukan.

Melaporkan perkara yang sama, sebuah surat khabar lain, Izvestia berkata peraturan FIFA membenarkan rakyat Rusia dan pelawat ke negara berkenaan untuk membawa sehingga tujuh jenis ubatan ke stadium ketika perlawanan.

Namun ia harus datang di dalam bentuk satu paket sahaja bagi setiap ubatan melainkan ada persrepsi lain daripada pakar perubatan untuk berbuat demikian.

Selain daripada tiga bahan yang disenaraikan di atas, tiga jenis bahan narkotik lain ialah codeine, morphine, dan amphetamines.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN