Andainya negara kita menjadi tuan rumah Piala Dunia, apakah perkara yang akan anda dilakukan bagi meraih tumpuan peminat ke premis makanan milik anda?
Melakukan pendekatan berbeza, HopHead Tap Room, sebuah premis makanan yang terletak di St. Petersburg. Salah seorang pembuat piza mereka membuat ukiran wajah pemain pada makanan tersebut.
Suarez jadi mangsa
Antara wajah menjadi pilihan pembuat pizza tersebut ialah penyerang Uruguay, Luis Suarez. Selain itu, ukiran wajah Cristiano Ronaldo juga turut menjadi pilihan.
Dikhabarkan juga ada pemain lain turut termasuk dalam senarai.
Valery Maksimchik yang menjadi pembuat pizza itu memberitahu bahawa pada asalnya ia adalah hobi. Walaupun cara membuatnya agak rumit dan leceh.
Leceh?
https://www.instagram.com/p/BkrqwKMFC40/?taken-by=hophead_tap_room
Setiap pizza yang diukir mengambil masa hampir dua jam untuk proses mengukir dan memotong doh piza. Doh piza itu asalnya dimasak terlebih dahulu sebelum proses mengukir dan memotong.
Selepas proses mengukir dan memotong selesai, barulah keju yang sudah dicairkan dituang pada ukiran tersebut.
Agak rumit juga, kalaulah tersalah ukir boleh jadi wajah orang lain!
Ngap!
Ada seorang pengunjung premis itu berbangga dapat ‘menggigit’ pizza yang berwajahkan Luis Suarez.
Luis Suarez menjadi tumpuan dan modal ketawa seluruh dunia kerana aksinya menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Peristiwa memalukan itu berlaku sewaktu Piala Dunia 2014 di Brazil.
Sekiranya Rusia memenangi Piala Dunia, Valery Maksimchik akan menunaikan satu janji yang istimewa. Beliau akan membuat pizza berukir wajah setiap pemain yang menjadi skuad tersebut.