Rusia 2018: Trio Chelsea Tiada Di Dalam Senarai Akhir Skuad La Roja

Jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol, Julen Lopetegui tidak menyenaraikan tiga pemain Chelsea; Cesc Fabregas, Alvaro Morata dan Marcos Alonso untuk kejohanan Piala Dunia di Rusia.

Turut tidak berada di dalam senarai 23 pemain skuad Sepanyol tersebut ialah pemain pertahanan Arsenal, Hector Belerin.

Fabregas yang tampil buat ke-100 kali untuk Sepanyol di kejohanan Euro 2016 yang lalu cuba memburu Piala Dunia keempat buar dirinya, setelah tampil buat pertama kali pada edisi 2006.

(Photo by Handout/UEFA via Getty Images)

Pemain tengah yang telah menjangkau usia 31 tahun itu adalah pemain yang bertanggungjawab untuk melorongkan bola kepada Andre Iniesta untuk gol kemenangan Sepanyol menewaskan Belanda di Piala Dunia 2010.

Ketiadaan nama Morata di dalam senarai ke Rusia pula dilihat kerana aksi tidak konsisten penyerang itu bersama Chelsea pada musim ini. Manakala Alonso adalah generasi ketiga pemain yang dipanggil menyertai La Roja ketika perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Argentina pada Mac lalu.

(Photo credit should read BORIS HORVAT/AFP/Getty Images)

Ironinya, Alonso adalah salah seorang pemain yang menghiasai kesebelasan terbaik EPL pada musim ini.

“Kami telah memutuskan, dan percaya ini adalah pemain-pemain yang mampu membantu pasukan di Rusia. Ia sukar sekali untuk memutuskan senarai pemain. Tetapi inilah senarai yang akan mewakili impian negara ini,” ujar Lopetegui dalam satu sidang media khas untuk mengumumkan senarai pemain ke Rusia.

Antara pemain yang berada di dalam senarai Lopetegui ialah Andres Iniesta yang tampil buat kali terakhir untuk kelab, Barcelona pada hujung minggu yang lalu.

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Satu lagi nama yang turut menarik perhatian ialah pemain penyerang, Diego Costa yang meninggalkan Chelsea untuk menyertai Atletico Madrid dengan cara penuh kontroversi pada Januari lalu.

Senarai penuh skuad Sepanyol ke Piala Dunia 2018:

Penjaga gol: Kepa Arrizabalaga (Athletic Bilbao), David De Gea (Manchester United), Pepe Reina (Napoli)

Pertahanan: Cesar Azpilicueta (Chelsea), Dani Carvajal (Real Madrid), Jordi Alba (Barcelona), Nacho (Real Madrid), Nacho Monreal (Arsenal), Alvaro Odriozola (Real Sociedad), Gerard Pique (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid)

Tengah: Isco (Real Madrid), Thiago Alcantara (Bayern Munich), Sergio Busquets (Barcelona), David Silva (Manchester City), Andres Iniesta (Barcelona), Saul Niguez (Atletico Madrid), Koke (Atletico Madrid)

Penyerang: Marco Asensio (Real Madrid), Iago Aspas (Celta Vigo), Diego Costa (Atletico Madrid), Rodrigo (Valencia), Lucas Vazquez (Real Madrid)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN