Kegagalan bintang Argentina, Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti ketika perlawanan menentang Iceland semalam telah menyebabkan skuad Argentina terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan negara terkecil dunia itu.
Penjaga gol Iceland Hannes Halldorsson mendedahkan, dia telah membuat kajian terperinci dan persediaan mental berhubung kejayaannya menafikan tendangan penalti bintang Barcelona tersebut.
Halldorsson yang dianggap wira apabila menepis sepakan penalti tersebut pada minit ke-63 memberitahu, dia hanya mengagak bahawa tonggak Argentina itu bakal menendang bola ke sebelah kanannya.
Iceland goalkeeper Hannes Þór Halldórsson isn't just useful at saving Lionel Messi penalties … he's also worked as a film director and here he is shooting a TV commercial#WorldCup #ISL 1-1 #ARG pic.twitter.com/stb3qeYaCM
— CNN International (@cnni) June 16, 2018
Pemain terbaik perlawanan itu menyifatkan keputusan 1-1 itu sebagai impian menjadi kenyataan, setelah kajian terhadap sepakan penalti daripada pemain terbaik dunia lima kali tersebut membuahkan hasil.
“Saya ada membuat sedikit kajian kerana saya tahu situasi sebegini boleh berlaku. Ia agak mustahil tetapi ternyata ia berhasil.
“Saya sudah tengok banyak sepakan penalti daripada Messi dan saya mencongak tendangannya berdasarkan beberapa sepakan penalti terakhirnya.
“Saya juga cuba membaca fikirannya dan sudah pasti dia akan memikirkan tentang saya. Saya sangat gembira kerana meraih perasaan sebegini,” kata Halldorsson selepas tamat perlawanan di Stadium Spartak.
If this game took place in 11th Century, Icelanders would write Epic Sagas about the battle they just witnessed. The guile of Gylfi, the Smiting Finbogason, and the magnificently iron-wristed Halldórsson. This is a World Cup of Miracle and Wonder🇮🇸
— roger bennett (@rogbennett) June 16, 2018
Dalam masa sama, Halldorsson turut menganggap keputusan tersebut seakan satu kemenangan, selepas Iceland membuat kemunculan sulung di Piala Dunia, di mana negara itu sebelum ini menjadi bualan hangat setelah menyingkirkan England untuk mara ke suku akhir Euro 2016