Pemain tengah Manchester City, Raheem Sterling kemungkinan tidak akan beraksi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Dunia menentang Panama pada hari Ahad ini.
Pertahanan England, Trent Alexander-Arnold menegaskan pemain tidak dimaklumkan mengenai perubahan kesebelasan utama bagi aksi menentang Panama, selepas tersebarnya satu nota menunjukkan Raheem Sterling bakal digugurkan.
Media British menyiarkan gambar buku nota yang dipegang pembantu Gareth Southgate, Steve Holland yang menunjukkan formasi menampilkan Marcus Rashford di jentera serangan bagi menggantikan Sterling.
Ketika ditanya mengenai situasi itu menjelang aksi di Nizhny Novgorod, Ahad ini, pertahanan Liverpool itu menjelaskan mereka masih bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Kami belum lagi diberitahu mengenai kesebelasan utama jadi saingan masih lagi terbuka,” katanya pada sidang media.
“Sehinggalah pengurus menamakan pemain yang akan beraksi, situasi itu tidak menjadi masalah kerana kami tidak kisah akan perkara sebegitu.
“Jadi buat masa ini, semuanya sedang menunjukkan yang tempat bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.” jelasnya.
England team plans accidentally leaked: will Marcus Rashford replace Raheem Sterling? https://t.co/ykKwZwA7Mf pic.twitter.com/MU2oSrpWUV
— TheUkBulletin (@TheUkBulletin) June 21, 2018
Gambar buku nota terbabit turut memaparkan Ruben Loftus-Cheek bakal menggantikan Dele Alli di bahagian tengah, selepas pemain Tottenham itu diketepikan daripada sesi latihan kerana kecederaan betis.
Persatuan Bolasepak England (FA) enggan mengulas lanjut mengenai gambar terbabit, sementara Southgate juga masih berahsia mengenai perancangan untuk aksi kedua itu.