Rusia 2018: Penyokong Sweden ‘Rindu’ Kelibat Zlatan Ibrahimovic

Bekas bintang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic sudah pun mengumumkan persaraan beliau daripada arena bola sepak antarabangsa dua tahun lalu tetapi nama bintang Sweden itu masih terbayang dalam fikiran peminatnya pada Piala Dunia kali ini.

Ia menimbulkan tanda tanya kepada peminat Sweden berkenaan apa yang mungkin terjadi jika Ibrahimovic berada dalam skuad ketika berdepan Jerman, yang berakhir dengan kekalahan menyakitkan pada minit akhir.

Malah, mereka juga terus membayangkan apa impak ketiadaan Ibrahimovic apabila Sweden berdepan Mexico pada perlawanan terakhir kumpulan di Yekaterinburg, Rabu ini.

Kini dia sudah mencecah usia 36 tahun dan berada di penghujung kerjayanya bersama LA Galaxy dengan penyerang bertubuh sasa itu mengumpul 62 gol dalam 116 perlawanan bersama Sweden.

Sebelum ini, ada spekulasi menjangka Ibrahimovic mungkin membuat pusingan U dramatik dari persaraan dan beraksi pada Piala Dunia, namun ia tidak terjadi. Malah, Ibrahimovich mengkritik barisan skuad Sweden yang beraksi dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Jurulatih Sweden, Janne Andersson juga pernah menjelaskan – “Zlatan sangat dialu-alukan untuk menghubungi saya” – namun Ibrahimovic akhirnya berada di Russia hanya atas tujuan komersial.

Peminat Sweden mula bergerak ke Yekaterinburg, hari ini dengan perasaan ‘rindu’ terhadap aksi Ibrahimovic.

“Semua orang merindui Zlatan, tetapi dia tidak cergas lagi untuk berada dalam pasukan kami yang baru ini,” kata Maria Bronk.

Berbeza pula bagi Ditte Helwig, yang memakai topi kuning, baju kuning dan seluar biru dengan bertutur dalam bahasa Sweden yang menyatakan sebaliknya.

“Saya fikir dia masih cergas. Dia tidak terlalu tua, tapi saya fikir dia cuma tidak mahu berada di sini.”

Helwig dan Bronk adalah antara penyokong tegar Ibrahimovic yang akan ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan aksi penyerang veteran itu pada September ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN