Semalam merupakan hari yang cukup baik untuk bola sepak Jepun khususnya dan bola sepak Asia amnya, bukan?
Mereka mencatatkan kemenangan di atas padang dengan menewaskan Colombia 2-1 untuk menjadi wakil Asia pertama yang menewaskan wakil Amerika Selatan dalam Piala Dunia.
Tapi itu cerita atas padang, di luar padang mereka turut memperoleh kejayaan yang berbeza.
Para penyokong Jepun telah menunjukkan contoh yang baik apabila melakukan tindakan terpuji dengan mengutip sampah yang ada di tempat duduk mereka selepas perlawanan berakhir.
Mereka membawa beg sampah mereka sendiri dan kemudiannya mengutip semula sampah yang dibuang oleh mereka ketika menyaksikan perlawanan.
コロンビアサポーターが素晴らしいかった。
何人もからコングラチュレーション言われた。
僕らの青袋取って、ゴミも一緒に拾ってくれた。逆の結果で、僕らはできるだろうか?
サッカーの奥は深いね pic.twitter.com/4gE7HOb6Up— ちょんまげ隊長ツンさん (@tsunsan) June 19, 2018
Apa yang menarik, penyokong Jepun bukan sahaja melakukannya sendirian tetapi mereka turut mengajak penyokong Colombia untuk sama-sama membersihkan stadium.
Penyokong Colombia dalam masa yang sama mengucapkan tahniah kepada penyokong Jepun diatas kejayaan mereka di padang dan juga bersama mereka membantu membersihkan stadium.
Tindakan terpuji penyokong Jepun ini sudah tular untuk sekian lamanya, apa yang mereka buat ini telah menjadi tumpuan sejak Piala Dunia 2014 apabila mereka melakukan perkara yang sama pada waktu itu.
Selain penyokong Jepun dan penyokong Colombia, penyokong Senegal turut tidak ketinggalan menunjukkan contoh yang baik apabila mengutip sampah selepas perlawanan antara Poland dan Senegal.
https://twitter.com/PurelyFootball/status/1009182578870538240
Perbuatan ini sepatutnya menjadi ikutan dan contoh kepada semua orang tak kira di mana lokasinya.
Sampah kita, tanggungjawab kita.