Rusia 2018: Pele Puji Persembahan Cemerlang Mbappe Tundukkan Argentina

Piala Dunia 2018 setakat ini merupakan satu kejohanan yang baik untuk Kylian Mbappe bukan?

Mana tidaknya, beliau telah pun menjaringkan 3 gol dalam kejohanan ini dan 2 daripadanya adalah pada perlawanan peringkat kalah mati.

Beliau menyumbang 2 jaringan untuk Perancis ketika pasukan tersebut menang 4-3 ke atas Argentina untuk layak ke pusingan suku akhir.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Kylian Mbappe of France celebrates after scoring his team’s fourth goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Baru-baru, legenda bola sepak Brazil iaitu Pele telah memuji persembahan cemerlang Mbappe ketika menewaskan Argentina.

Hal ini kerana, Mbappe telah menjadi pemain remaja pertama selepas beliau yang menjaringkan 2 gol dalam peringkat kalah mati di Piala Dunia selepas 60 tahun!

“Tahniah buat Kylian Mbappe. 2 gol di Piala Dunia (peringkat kalah mati) membuatkan anda seorang peneman saya yang baik.”

“Semoga berjaya dalam perlawanan-perlawanan lain. Kecuali ketika menentang Brazil!”

Mbappe mengakui beliau terharu dengan ucapan tahniah yang diberikan oleh Pele kepadanya.

Malah beliau turut gembira apabila namanya diletakkan sebaris dengan Pele.

“Saya sangat gembira dan terharu untuk menjadi pemain remaja kedua selepas Pele yang melakukannya.”

“Tetapi kita harus ingat, Pele adalah pemain yang lain tahapnya tetapi bagus apabila nama kita dikaitkan dengan orang seperti beliau.”

Mbappe sedar tingginya prestij Piala Dunia ini, sebab itu beliau berusaha keras di Rusia.

“Seperti yang saya selalu katakan, di Piala Dunia akan ada semua pemain yang bertaraf dunia.”

“Jadi di sinilah tempat kita nak tunjuk kebolehan sebenar kita. Tiada tempat lain sebaik Piala Dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN