Rusia 2018: Pablo Zabaleta Bidas Prestasi Teruk Argentina

Pemain pertahanan West Ham United, Pablo Zabaleta dengan lantangnya membidas prestasi teruk pasukan Argentina.

Argentina tewas 3-0 di tangan Croatia dalam aksi kedua peringkat kumpulan di Piala Dunia 2018.

Menurut beliau, aksi yang dipersembahkan oleh Argentina pagi tadi merupakan aksi yang cukup teruk dalam sebuah skuad Argentina untuk satu tempoh masa yang lama.

Beliau juga turut membidas aksi Lionel Messi yang seolah-olah ‘hilang’ dari perlawanan terutamanya pada separuh masa kedua.

Argentina’s forward Lionel Messi reacts during the Russia 2018 World Cup Group D football match between Argentina and Iceland at the Spartak Stadium in Moscow on June 16, 2018. (Photo by Mladen ANTONOV / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read MLADEN ANTONOV/AFP/Getty Images)

“Saya tak dapat ingat, bilakah kali kali terakhir Argentina beraksi sebegini teruk dalam satu-satu perlawanan.”

“Impak yang diberikan oleh Lionel Messi pun tidak ada banyak. Saya tak rasa beliau ada lakukan satu percubaan pun pada separuh masa kedua.”

Zabaleta yang tidak dipilih dari menyertai skuad Argentina di Piala Dunia berasakan kesalahan tidak boleh diletakkan pada bahu penjaga gol sahaja iaitu Willy Caballero.

Beliau turut membidas tindakan Jorge Sampaoli yang tidak mahu memainkan Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero serentak dalam perlawanan itu.

“Kita boleh bercakap mengenai kesalahan Willy Caballero tapi itu bukan sahaja kelemahan Argentina.”

“Boleh dikatakan keseluruhan pasukan tidak bermain baik pada perlawanan itu.”

“Saya juga tak faham, kenapa Jorge Sampaoli tak mahu mainkan Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero bersama?”

“Jika saya sebagai pertahanan Croatia, pasti saya akan lebih risau berhadapan dengan Higuain dan Aguero serentak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN