Rusia 2018: Neymar Tidak Dapat Meneruskan Latihan Persiapan Menentang Costa Rica

Neymar terpaksa meninggalkan pusat latihan pasukan pada Selasa. Beliau tidak dapat meneruskan latihan kerana ada terasa kesakitan di kaki belau.

Ia agak merisaukan kem Brazil yang sedang memperkemaskan pasukan untuk menentang Costa Rica pada Jumaat ini.

Jurucakap rasmi Brazillian Football Confederation (CBF), Vincius Rodrigues mengesahkan yang Neymar terpaksa keluar daripada padang latihan kerana terasa kesakitan di buku lali kanan.

“Neymar terpaksa meninggalkan pusat latihan hari ini kerana sakit di buku lali kanan beliau.”

Kecederaan itu mungkin berpunca daripada kekasaran ke atas beliau ketika perlawanan menentang Switzerland pada perlawanan pertama mereka.

Neymar dikasari dan terbaring sebanyak 10 kali dalam perlawanan tersebut. Ia rekod terbanyak dalam satu perlawanan melibatkan seorang untuk setakat ini dalam Piala Dunia 2018.

CBF menyatakan ia tiada kaitan dengan kecederaan jangka panjang Neymar sebelum ini. Ini kerana, ketika cedera di PSG ianya adalah keretakan pada kaki.

Rodrigues optimis, Neymar akan bersama dengan pasukan yang akan bermain menentang Costa Rica. Kecederaan Neymar itu lebih kepada berjaga-jaga (precaution). Dan ia sudah menjadi prosedur biasa.

“Sebaik sahaja Neymar merasakan ada kesakitan, dia terus pergi fisio pasukan. Beliau akan bersama dengan pasukan fisio untuk hari ini (Selasa) dan pagi Rabu.”

“Jika semuanya sudah ok, dia akan kembali semula menjalani latihan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN