Semalam Mohamed Salah memuat naik status dalam media sosial beliau memberitahu yang beliau berasa semakin baik. Salah menunjukkan gambar beliau sedang melakukan senaman kecergasan.
Penyerang dan pemain terbaik Liverpool serta pemain terbaik PFA 2017/18 itu mengalami kecederaan selepas bahu beliau terkehel dalam pergelutan dengan Sergio Ramos pada final UCL.
Mohamed Salah menjadi pemain yang berjaya meletakkan Mesir ke Piala Dunia dan beliau berada dalam prestasi terbaik sepanjang musim 2017/18 dengan kelab dan negaranya.
Mohamed Salah menjaringkan 44 gol untuk Liverpool sepanjang musim 2017/18 dalam semua pertandingan.
Pada penilaian awal pakar perubatan, Mohamed Salah dijangka akan terlepas 2 perlawanan awal peringkat kumpulan. Dan paling cepat pun beliau kembali adalah pada perlawanan ke-3 peringkat kumpulan.
Jurulatih Mesir, Hector Cuper menyenaraikan nama beliau dalam pasukan 23 pemain Mesir.
https://twitter.com/Pharaohs/status/1003593162990997504
Selain daripada Mohamed Salah, beberapa nama lain yang bermain di England iaitu Mohamed Elneny, Ahmed Hegazi dan Elmohamady turut berada dalam skuad.
Ini adalah kali pertama Mesir layak ke Piala Dunia selepas 28 tahun. Jadi, Mohamed Salah pastinya lega dapat menyertai pasukan beliau ke Rusia.
Fokus Mohamed Salah kini adalah untuk cuba pulih dengan segera daripada kecederaan beliau. Rakan-rakan beliau yang lain giat melakukan latihan persediaan terakhir sebelum beraksi di Piala Dunia.