Rusia 2018: Mesir Hantar Surat Bantahan Rasmi Kepada FIFA

Wakil dari Afrika, Mesir akan membuat bantahan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai prestasi pengadil Paraguay, Enrique Caceres yang dianggap berat sebelah ketika menentang tuan rumah, Russia di St Petersburg, Selasa lalu.

“Kami mahu siasatan dilakukan ke atas prestasi pengadil secara keseluruhan,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Mesir, Hany Abo Rida hari ini.

Mesir tewas 1-3 pada perlawanan itu yang juga kekalahan kedua berturut-turut sekali gus tersingkir awal pada penampilan pertama mereka pada Piala Dunia sejak 1990.

Abo Rida, yang juga ahli Majlis FIFA mendakwa pertahanan Mesir, Ahmed Fathi ditolak ketika cuba mengeluarkan bola sebelum tertolak masuk ke dalam gawang sendiri untuk membolehkan Russia mendahului, dua minit selepas babak kedua bersambung.

Dia juga mendakwa sepatutnya penalti dianugerahkan kepada Mesir selepas penyerang Marwan Mohsen, dikasari pertahanan Russia Ilya Kutepov pada minit ke-78.

Ketika insiden itu, Mesir ketinggalan 3-1.

“Pengadil sepatutnya merujuk kepada Pengadil Bantuan Video (VAR) dan menganugerahkan sepakan penalti. Semua melihat Fathi dikasari. Jadi, ini adalah hak kami untuk membuat aduan dan meminta siasatan dijalankan,” katanya.

Mesir akan melengkapkan kempen Kumpulan A menentang Arab Saudi dalam pertembungan dua pasukan yang sudah tersingkir di Volgograd, Isnin ini.

“Saya tahu penyokong Mesir kurang gembira dengan keputusan kami di sini tetapi ini adalah penampilan pertama kami dalam kejohanan terulung ini sejak 28 tahun lalu. Kami kurang pengalaman,” kata Abo Rida

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN