Legenda Argentina, Diego Maradona nyaris pitam selepas beliau dilihat mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba sejurus meraikan gol kedua negaranya ketika bertemu Nigeria dalam aksi Piala Dunia, awal pagi tadi.
Maradona sering dilihat beremosi di sepanjang perlawanan di Saint Petersburg apatah lagi Argentina perlu menang untuk terus kekal.
Dawg I laughed so hard at this picture of Maradona from today’s game pic.twitter.com/NVpzV9rm9F
— UNCLE THAI (@TDOT_BAP) June 27, 2018
Apabila Marcos Rojo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86, Maradona dilihat bersandar di dinding tempat duduk VIP sambil memberikan tabik hormat sebelum menjerit meraikannya.
Rakaman video selepas itu menunjukkan bekas pemenang Piala Dunia 1986 itu tidak sihat dan sukar berjalan hingga menyebabkan beliau terpaksa dipapah beberapa individu lain untuk ke bilik rehat VIP.
Looks like Maradona went hard AF during today's match pic.twitter.com/xLfmJ2CV8E
— Busted Coverage (@bustedcoverage) June 27, 2018
Beberapa jurugambar sempat merakamkan dua anggota paramedik beruniform tampil merawat Maradona dengan salah seorang daripada mereka mengambil bacaan tekanan nadinya.
Media Argentina melaporkan, Maradona mengalami gangguan tekanan darah.
Akhbar Argentina, Ole pula menyebut Maradona sudah boleh berjalan pulang ke hotel penginapannya.
When the cocaine is too good 😂#NGAARG #Maradona pic.twitter.com/roUxAb3bq9
— Sam Blade (@Hoss__Sam) June 27, 2018
Maradona pernah mengalami beberapa siri masalah kesihatan termasuk ketagihan kokain. Pada 2007, beliau dilaporkan hampir meninggal dunia.
Maradona is the best. pic.twitter.com/bFgTOUW33l
— Jimmy Conrad (@JimmyConrad) June 26, 2018
Sebelum itu, Maradona yang hadir sejak awal turut ligat menari bersama kumpulan penyokong Nigeria di kawasan eksekutif yang dikhaskan.
Dia juga kelihatan begitu teruja ketika meraikan gol jaringan Lionel Messi dengan gaya pelik mirip dracula sambil melakukan tabik hormat