Rusia 2018 : Leroy Sané Menerima Keputusan Low, Harap Jerman Pertahankan Kejuaraan

Sane

Tindakan Joachim Löw yang menggugurkan Leroy Sané dari skuad 23 pemain yang akan berangkat ke Piala Dunia Rusia 2018 merupakan satu tindakan yang mengejutkan.

Sedangkan pemain sayap Manchester City itu baru sahaja mengharungi musim cemerlang bersama pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

EPPAN, ITALY – MAY 25: Leroy Sane of Germany looks on during the Southern Tyrol Training Camp day three on May 25, 2018 in Eppan, Italy. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Selepas namanya digugurkan dalam skuad, Leroy Sané menulis di Instagram miliknya berkaitan situasi yang menimpanya ketika ini.

“Terima kasih atas sokongan yang saya terima beberapa waktu terakhir ini.”

“Tentu saya berasa amat kecewa apabila tidak berpeluang untuk beraksi dalam Piala Dunia 2018, tetapi saya harus menerima keputusan ini dan berusaha bangkit untuk peluang yang akan datang.”

Sane turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan sepasukan dan berharap pasukan itu mampu membawa pulang kejuaraan sekaligus berjaya mempertahankan gelaran Piala Dunia 2014.

“Sudah tentu saya akan beri sokongan kepada Jerman dan berharap mereka akan melakukan yang terbaik.”

“Saya memang kecewa, tiada apa lagi boleh diperkatakan. Cuma berharap mereka berjaya di Rusia. Ayuh dapatkan kejuaraan !”

Meskipun Sané menerima anugerah sebagai pemain muda terbaik PFA 2017/18 dengan membantu The Citizen merangkul dua kejuaraan musim ini, ianya masih gagal memikat hati Joachim Löw untuk menyenaraikan beliau dalam 23 pemain ke Piala Dunia.

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN