Rusia 2018: Leroy Sane Disingkirkan, Neuer Sertai Die Mannschaft

Jerman mengeluarkan senarai 23 pemain terakhir yang bakal didaftarkan ke dalam pasukan mereka untuk Piala Dunia. Paling mencuri tumpuan pastinya Manuel Neuer yang berehat panjang sejak September tahun lalu.

Di sebalik ramai menantikan sama ada Neuer akan berjaya bersama-sama dengan pasukan, tiba-tiba pemain yang cemerlang musim ini, Leroy Sane disingkirkan.

Sane merupakan pemenang pemain mudah terbaik PFA 2017/18. Beliau yang dibeli Manchester City dari Schalke pada 2016 dengan nilai £37 juta menjadi nadi penting kejuaraan 2 trofi Man. City pada mysim ini.

Pemain sayap ini menjaringkan 13 gol daripada 45 penampilan dalam skuad Guardiola. Dikenali dengan gaya permainan yang laju dan bertenaga.

Namun beliau masih gagal meyakinkan Joachim Low untuk menyertakan nama beliau di dalam skuad berbanding dengan pesaing beliau yang lain.

Bekas rakan sepasukan beliau, Leon Goretzka yang menjadi nadi penting Jerman pada Piala Konfederasi 2017 tersenarai di dalam pasukan.

Manuel Neuer akhirnya menempatkan diri di dalam senarai 23 pemain. Beliau adalah kapten yang membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014.

Antonio Rudiger, Ilkay Gundongan, Mesut Ozil antara bintang yang bermain dalam EPL yang berjaya melepasi pemilihan kali ini.

Marco Reus pastinya gembira akhirnya berjaya menempatkan diri di dalam skuad yang akan terbang ke Rusia. Ini selepas Reus terlepas aksi Piala Dunia 2014 kerana kecederaan meskipun beliau menjadi nadi penting Jerman dalam peringkat kelayakan ketika itu.

Pemain veteran Mario Gomez terus diberikan kepercayaan untuk berada di dalam pasukan sebagaimana beliau lakukan pada Piala Eropah 2016 yang lalu.

Ini adalah senarai skuad 23 pemain Die Mannschaft yang baru diumumkan oleh Joachim Low.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN