Pemain tengah Roma, Radja Nainggolan berpendapat namanya harus dimasukkan ke Guiness World Records Book kerana gagal berada di dalam skuad Piala Dunia Belgium ke Rusia.
Ia adalah keputusan yang agak mengejutkan setelah senarai penuh skuad Belgium diumumkan tanpa pemain tengah box to box itu.
Skuad Belgium terdiri daripada deretan pemain bintang. Namun ia masih sesuatu yang sukar untuk melihat Nainggolan tidak tersenarai.
Pemain tengah itu kelihatan tenang mengenai kegagalan ke Rusia. Namun ia masih tidak menyembunyikan bahawa itulah yang diingininya sejak dulu lagi.
Sekurang-kurangnya Nainggolan mampu berseloroh dan berkata nama beliau sepatutnya dimasukkan ke dalam rekod kerana gagal ke Piala Dunia ketika ditemuramah oleh media di Belgium, HLN.
Pemain tengah itu turut tidak berada di dalam senarai Marc Wilmoys untuk Piala Dunia 2014 di Brazil. Bercakap kepada HLN, Nainggolan berkata:
“Saya sepatutnya sudah mengesahkan diri saya di dalam Guiness Book of Records sebagai pemain utama yang gagal ke Piala Dunia dalam dua edisi berturut-turut. Ia jelas memberi perasaan tidak selesa, tetapi pada masa sama membuatkan saya mahu mentertawakannya.”
Nainggolan sukar mendapat tempat di dalam skuad kebangsaan negaranya walaupun merupakan pemain utama yang akan berada di dalam senarai kesebelasan utama Roma.
Kegagalan untuk mewakili negaranya ke Rusia turut menyebaban Nainggolan mengambil tindakan drastik dengan mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.
“Saya rasa ia cukup. Ia adalah sah seperti ucapan selamat tinggal. Saya tidak akan merebut tempat bersama skuad kebangsaan lagi.”
“Beraksi di Piala Dunia adalah impian setiap orang sejak kecil. Pada saya, ianya telah dirompak daripada saya,” ujar beliau lagi.
Jurulatih Belgium pantas memberikan respon mengenai ketiadaan Nainggolan dalam senaai pemain pilihannya dengan berkata ketiadaan pemain tersebut adalah disebabkan taktikal dan sistem yang bakal ditampilkan dan bukan kerana keupayaan pemain tersebut.