Skuad Jerman terdesak untuk mengutip 3 mata penuh pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan bagi mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia.
Bintang Borussia Dortmund, Marco Reus percaya Jerman perlu mengetepikan tekanan dan mempamerkan gaya permainan bola sepak mereka sendiri andai mahu melangkah ke pusingan kedua.
Korea Selatan kini menduduki tangga tercorot Kumpulan F selepas tewas dalam dua perlawanan awal.
“Korea Selatan memiliki kepantasan dan pemain serba boleh yang mampu memberikan masalah kepada mana-mana pasukan,” kata Reus.
“Kami menjangkakan mereka akan menerapkan corak serangan balas dan mahu bermain lebih bertahan.
“Bagaimanapun, saya yakin bahawa jika kami mempamerkan gaya permainan kami yang tersusun, kualiti dan semangat seperti ketika menentang Sweden, pasti Korea Selatan sukar menewaskan kami.
“Selepas Sweden mendahului pertembungan di Sochi pada Sabtu lalu, Reus mencetuskan kebangkitan Jerman menerusi jaringan penyamaan sebelum Toni Kroos meledak gol kemenangan,” ujarnya.
https://twitter.com/BVBSudtribune/status/1010629353842139136
Bintang Jerman itu jelas berwaspada dengan mengenai kemampuan penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, yang pernah beraksi untuk kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.
“Mereka sangat pantas dan penyerang yang bagus, mereka mungkin berbeza dengan Sweden yang memiliki kekuatan fizikal. Korea Selatan memiliki pemain yang bertubuh kecil dan pantas. Mengenai Son Heung-min pula, dia pemain yang dikenali di pentas antarabangsa. Dia sudah membuktikan kemampuannya jadi saya fikir kami perlu mengawasinya.”
Marco Reus tidak akan membiarkan Korea Selatan menjadi penghalang Jerman untuk mara ke pusingan kalah mati malam esok selepas juara bertahan Piala Dunia itu berjaya menghidupkan harapan mereka.
Reus hanya pemain gantian sewaktu tewas 0-1 kepada Mexico namun sebaik berada di kesebelasan utama menentang Sweden, dia berjaya menjaringkan gol penyamaan sekali gus meletakkan Jerman kembali ke dalam saingan.
2 – Marco Reus (1 goal, 1 assist) is the first German player involved in two goals on his first World Cup start since 2010 (Thomas Müller v Australia). Overdue. pic.twitter.com/oS1msP6nyw
— OptaJohan (@OptaJohan) June 23, 2018
Berdepan minit-minit terakhir di Sochi, Jerman meraih kemenangan penting 2-1 hasil sepakan lencong Toni Kroos yang turut dibantu Reus menerusi gerakan set-piece.
Ini bermakna Jerman berjaya menolak kemungkinan menjadi juara bertahan keenam tersingkir daripada Piala Dunia namun kedudukan mereka masih belum selamat.
Empat tahun selepas Sepanyol menjadi juara bertahan kelima tersingkir susulan aksi hambar di peringkat kumpulan, kedudukan skuad Joachim Loew sebagai pasukan pilihan sebelum kejohanan mungkin tersekat seawal pusingan pertama buat kali pertama sejak 1938.
Ternyata laluan Jerman ke pusingan kedua begitu berliku.
Marco Reus. When it matters. 🔥
From B/R x @pumafootball pic.twitter.com/n5RDLaNtPV
— B/R Football (@brfootball) June 23, 2018
“Tentu sekali kami bermain dengan teruk berdepan Mexico dan perlu berdepan kritikan tetapi pada pandangan saya, kita sudah terlalu lama bercakap mengenai perkara ini,” kata Reus.
“Kami perlu menjalankan tugas dan menang perlawanan ini, mungkin bukan sekadar 1-0 tetapi lebih daripada itu.”