Skuad Croatia membuat persiapan rapi dan sedia melakar kejutan apabila dijadualkan menentang England pada pertemuan separuh akhir kejohanan Piala Dunia di Rusia awal pagi khamis.
Menurut penyerang Croatia, Mario Mandzukic menegaskan pasukannya tidak merasai sebarang tekanan berhadapan dengan skuad bimbingan Gareth Southgate itu dan akan bermain seperti biasa.
https://twitter.com/halkbet_eng/status/1016574003648106497
Mandzukic yang juga penyerang Juventus berkata, perkara paling mendebarkan mereka adalah ketika penentuan penalti dengan Denmark.
“Bagi Croatia, tekanan paling hebat adalah ketika menewaskan Denmark dalam pusingan 16 terakhir,” kata Mandzukic.
“Kami rasa lebih mudah sekarang ini dan kami menikmati apa yang berlaku.
“Tekanan pasti ada apabila perlawanan bermula, tapi kami hanya perlu menikmati separuh akhir Piala Dunia.” katanya.
Walaupun skuad Croatia lebih berpengalaman berbanding pemain England dengan adanya Mandzukic, Luka Modric dan Ivan Rakitic, penyerang Juventus itu tetap merasakan peluang 50-50 dimiliki kedua-dua pasukan.
https://twitter.com/Zannoubia1987/status/1016425446932729856
“Saya setuju Croatia mempunyai beberapa pemain berpengalaman berbanding England dan kami sedia menewaskan mereka.
“Ia akan membantu kami, tapi saya yakin peluang adalah 50-50 kerana semua orang berhak berada di separuh akhir.
“Tiada kebimbangan dari pasukan kami. Kami menghormati semua pemain dan apa yang penting kami percaya kepada diri sendiri.
“Ia sangat istimewa untuk menyumbang sesuatu buat pasukan kebangsaan. Sudah beberapa tahun kami menunggu untuk melakukan sesuatu yang istimewa untuk Croatia.
“Sekarang, kami sudah hampir dengan kejayaan dan kami akan keluarkan segala titik peluh di atas padang untuk mencapai matlamat kami.” katanya.
Selain itu, Mandzukic turut mengakui terkejut dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan penjaga gawang England, Jordan Pickford di Russia.