Rusia 2018: Brazil Lega Neymar Sudah Pulih Sepenuhnya

Juara Piala Dunia 5 kali, Brazil sudah boleh menarik nafas lega apabila ayam tambatan mereka, Neymar Dos Santos Da Silva sudah boleh beraksi dalam perlawanan pertama Piala Dunia Rusia menentang Switzerland awal pagi Isnin nanti.

Pemain paling bernilai itu boleh dikatakan telah kembali pulih sepenuhnya daripada pembedahan bagi merawat kecederaan kakinya yang patah pada Mac lalu.

Sejak mengalami kecederaan tersebut ketika bersama Paris Saint-Germain menentang Marseille pada Februari lalu, Neymar hanya berada selama 129 minit di atas padang.

Walaupun sudah pulih daripada kecederaan, pengendali skuad Brazil, Tite memberi bayangan Neymar mungkin tidak akan diturunkan kerana masih belum cergas 100%.

Namun, ketika bersama Brazil dalam perlawanan pemanas badan pemain itu masih boleh menjaringkan gol menentang Croatia walaupun masuk dari bangku pemain simpanan malah turut mempamer aksi menarik ketika meraih kemenangan ke atas Austria.

“Selepas tiga bulan dan bermain beberapa perlawanan dia kini mampu beraksi dalam perlawanan di tahap tertinggi.

“Tiada siapa menjangkakan prestasi baiknya itu terutama selepas kembali daripada kecederaan,” kata rakan baik Neymar, Thiago Silva.

Pemain berusia 26 tahun itu dilihat amat gembira bersama rakan sepasukannya ketika sesi latihan Brazil di sebuah resort di Laut Hitam, Sochi malah turut meluangkan masa melayan peminat sewaktu sesi terbuka skuad pada Selasa.

Neymar akan berada dalam kesebelasan utama di Rostov-on-Don dalam Piala Dunia sejak kali terakhir membuat penampilan dalam kejohanan tersebut ketika perlawanan suku akhir 2014 menentang Colombia.

https://twitter.com/BrazilStat/status/1007350432606359553

Penjaga gol Brazil, Alisson berkata, pasukannya kini semakin bersemangat apabila Neymar sudah kembali cergas bersama Brazil.

“Neymar adalah pemain yang amat hebat dan kami amat bersyukur dia sudah kembali bersama pasukan.

“Saya amat mengenali Neymar secara peribadi ketika Sukan Olimpik dan dia melayan saya dengan amat baik, begitu juga terhadap rakan sepasukan lain.

“Bagi pasukan, peranannya amat penting di padang dan dia sering memberikan pandangan yang bernas.

“Saya juga yakin keserasian kami dalam pasukan umpama adik-beradik,” kata Alisson.

Brazil berada di Rusia selaku pasukan pilihan dengan mereka mahu mengembalikan reputasi sebagai gergasi bola sepak dunia selepas dimalukan oleh Jerman yang membelasah mereka dengan keputusan 7-1 empat tahun lalu dalam perlawanan separuh akhir di laman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN