Rusia 2018: Bencana Gempa Bumi Ganggu Fokus Skuad Jepun

Semalam, skuad kebangsaan Jepun dikejutkan dengan berita gempa bumi yang mengorbankan nyawa di negara matahari terbit itu dan penggera kebakaran yang turut berbunyi awal pagi semalam.

Situasi itu telah mengganggu skuad Jepun yang akan memulakan aksi pertama Piala Dunia 2018 menentang Colombia hari ini.

Pasukan ‘Blue Samurai’ itu sedang dalam misi menebus kekecewaan Piala Dunia di Mordovia Arena di Saransk pada malam ini selepas ditewaskan 4-1 oleh James Rodriguez-yang membantu Colombia dalam peringkat kumpulan ketika di Brazil 2014.

Bagaimanapun, berita gempa bumi di Osaka itu yang mengorbankan tiga nyawa dan lebih daripada 300 lagi tercedera, serta penggera kebakaran seawal 5 pagi semalam yang berbunyi di hotel penginapan skuad itu menyebabkan pemain bergelut mendapatkan tidur yang cukup.

https://twitter.com/NewsKali/status/1008517188981088256

“Penggera berbunyi akibat daripada kesilapan dan ia berlaku hampir sama masa dengan berita gempa bumi yang berlaku,” kata jurulatih Jepun, Akira Nishino.

“Penggera itu berbunyi untuk sementara waktu, sementara beberapa pemain yang cemas, jadi mereka kelihatan sedikit kepenatan pada latihan di sebelah pagi,” katanya.

Pemain tengah, Hotaru Yamaguchi dan penjaga gol, Masaaki Higashiguchi, yang bermain bagi kelab berpangkalan di Osaka, adalah antara pemain yang mempunyai kawan atau keluarga di kawasan terjejas dengan gemba bumi.

“Beberapa pemain mengalami kesan emosi,” akui kapten Jepun, Makoto Hasebe.

“Sebagai sebuah pasukan kami mahu memberi sokongan terhadap mereka dan saya mahu membantu mereka sebagai sebuah pasukan.

“Saya mahu meluahkan rasa simpati terhadap mereka yang terbabit di negara kami.”

Skuad Jepun perlu mengetepikan perkara yang berlaku bagi berdepan dengan Colombia, yang mana bintang penyerang mereka, Rodriguez mengalami kecederaan betis.

“Ada segelintir pemain dari Colombia yang semakin matang sejak empat tahun lalu, jadi saya rasa mereka kini menjadi lawan yang sukar,” kata Hasebe.

“Kami perlu mengambil sedikit risiko (pada 2014) kerana itu adalah perlawanan terakhir kumpulan kami, tetapi ini adalah perlawanan pembukaan, jadi ia adalah berbeza. Sudah pasti kami mahu membalas dendam tetapi kami mahu terus kekal dengan perancangan perlawanan kami dan laksanakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN