Rusia 2018 : Michael Ballack Kritik Tindakan Löw Mengugurkan Leroy Sané

Tindakan Joachim Löw mengugurkan Leroy Sané dari skuad Jerman untuk Piala Dunia 2018 telah menjadi tajuk perbincangan utama di kalangan peminat Jerman di seluruh dunia ketika ini.

Tidak terkecuali, bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack turut menyuarakan pandangannya tentang situasi yang berlaku itu.

Manchester City winger Leroy Sane has been surprisingly omitted from Germany’s final 23-man World Cup squad.

Ballack secara terbuka memaklumkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan Löw  yang mengugurkan Sané dari skuad kebangsaan.

Ballack ketika bercakap kepada ESPN berkata, beliau menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu mempunyai kualiti yang hebat dan berkemampuan untuk mencipta sesuatu di Rusia.

“Dia (Sané) telah berjaya menunjukkan kualiti bersama kelabnya, dan dia mampu memberi impak yang besar bersama Jerman di Rusia.”

Ujarnya lagi, “Sebenarnya, saya tidak sabar untuk melihat aksi pemain seperti Sane di Piala Dunia nanti.”

Ballack turut mempersoalkan tindakan Löw yang menggantikan posisi Sané dengan pemain Bayer Leverkusen, Julian Brandt.

“Saya tidak boleh menerima alasan yang diberikan Low. Posisi yang digantikan Julian Brandt itu merupakan posisi yang memerlukan kemahiran dan kreativiti yang tinggi.”

“Brandt dilihat tidak setaraf dengan Sané, beliau sudah berpengalaman bermain di kelab besar bersama pemain-pemain hebat.”

Laporan dari Jerman menyatakan bahawa, keputusan Low mengugurkan Sané dari senarai nama 23 pemain untuk ke Piala Dunia 2018 adalah atas alasan prestasi buruk yang dipamerkan oleh pemain itu di peringkat antarabangsa.

Selain Sane, tiga lagi pemain yang diketepikan ialah Johathan Tah, Nils Petersen dan penjaga gol Bernd Leno.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN