Kedah Darul Aman (KDA) kini giat untuk mendapatkan sentuhan pemain import baharu mereka setelah sebelum itu mereka sah menggugurkan khidmat Jang Suk-won dari Korea Selatan.
Jang yang sebelum ini memegang kuota import Asia, telah dilepaskan KDA atas faktor kecederaan serta aksi yang ditampilkan pemain pertahanan tersebut kurang memuaskan hati sehingga kelab tersebut merekodkan jumlah bolos agak banyak dalam awal saingan Liga Super musim 2022.
TERIMA KASIH JANG SUK WON!
KDA FC dan Jang Suk Won telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal selepas mempertimbangkan permohonan pemain tersebut untuk mendapat rawatan pemulihan jangka panjang. pic.twitter.com/ottWWs76bR
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 28, 2022
Menurut Aidil Sharin, mereka sekarang ini sedang mencari khidmat pemain import baharu dan salah seorang calon pemain berasal dari Timur Tengah untuk memperkuatkan posisi tengah KDA menurut laporan Berita Harian.
“Ada beberapa calon yang sedang kita sasarkan dan antaranya seorang pemain dari Timur Tengah yang kini berada dalam proses rundingan.
“Namun itu bergantung kepada beberapa terma dan syarat yang perlu diterima dan dipersetujui bagi kepentingan kedua-dua belah pihak sebelum dapat dimuktamadkan.
“Kami sedang bekerja keras bagi memastikan kemasukan pemain baharu pada tempoh jendela perpindahan kali ini dapat memberi kesan terbaik buat pasukan yang akan menempuhi sambungan Liga Malaysia dan Piala AFC bulan depan,” katanya.
Dalam masa sama, seorang lagi pemain import yang beraksi di posisi serangan KDA musim ini iaitu Dennis Buschening juga mungkin menjadi calon seterusnya untuk digugurkan kelab tersebut pada jendela perpindahan kedua ini.
GET WELL SOON DB10
Dennis Buschening terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan Achilles, menurut Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih KDA FC. pic.twitter.com/VlmoroTI43
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 7, 2022
Dennis yang memenuhi slot Asean berasal dari Thailand sebenarnya beraksi dengan agak bagus pada awal musim ini biarpun mendapat sedikit kritikan kerana rekod lampau tidak begitu memuaskan.
Namun KDA mungkin turut akan menggugurkan beliau setelah Dennis kini sedang berehat agak lama kerana mengalami kecederaan yang agak serius untuk memberi kesan buat pasukan.
“Sebaik jendela perpindahan dibuka, kami sedang menilai pemain kuota Asean yang bersesuaian dan sekiranya Dennis Buschening tidak dapat kembali beraksi dalam tempoh terdekat ini, ia pasti akan memberi kesan kepada pasukan.
“Pemain import Thailand itu antara beberapa nama lain yang sedang kami teliti. Sekiranya berjalan lancar, kami akan umumkan nanti dan saya berharap peminat bersabar.
“Saya yakin dengan kerjasama baik antara pengurusan KDA FC dengan kelab luar, kita mampu melepasi sebarang rintangan dalam mencari pemain baharu yang disasarkan,” katanya.
KDA musim ini telah mendaftarkan lima pemain import baharu dengan mempertaruhkan dua pertahanan, dua pemain serangan, serta seorang pemain tengah.
Berdasarkan prestasi semasa, Ronald Ngah Wanjah yang beraksi di serangan, pemain tengah kreatif KDA iaitu Dechi Marcel serta pertahanan dari Andorra, Marc Vales sahaja bakal dikekalkan untuk KDA mengharungi baki saingan musim ini serta untuk saingan AFC.
7 GOL MILIK NGAH WANJA
Hattrik di perlawanan lepas meletakkan Ronald Ngah Wanja sebaris dengan penyerang berbisa lain dalam Liga Malaysia.
Semoga prestasi pasukan bangkit kembali dan terus konsisten mengutip mata.
Keep it up Ngah Wanja! pic.twitter.com/Pso6vvvnvp
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 12, 2022
KDA juga mungkin bakal mendapatkan khidmat pemain tempatan baharu untuk memperkuatkan pasukan setelah Syafiq Ahmad sah kembali menyarung jersi Johor Darul Ta’zim setelah dipinjamkan ke kelab tersebut awal musim ini.