Rundingan Akhyar Rashid Sertai Terengganu Secara Pinjaman Berjalan Lancar

Hasrat penyokong Terengganu untuk melihat Akhyar Rashid bersama Sang Penyu pada musim hadapan kini dilihat semakin cerah selepas rundingan dilakukan berjalan lancar.

Terdahulu, timbul di media sosial menyatakan Akhyar Rashid menjadi antara pemain yang bakal menyertai Terengganu untuk saingan hadapan selaku status pinjaman.

Ini kerana Akhyar menjadi antara pemain yang sah dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan musim hadapan selaku status pinjaman selain Safawi Rasid serta beberapa tonggak lagi.

Sebelum itu, hanya nama Safawi sahaja dilaporkan menjadi pemain JDT yang bakal dipinjamkan kepada Terengganu sebelum nama Akhyar kini turut dikaitkan bersama kelab tersebut.

Menurut Berita Harian, pemain kelahiran Kedah itu hampir pasti untuk menyertai Sang Penyu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner untuk saingan musim hadapan.

Menurut laporan dikeluarkan, rundingan membabitkan kedua pengurusan kelab tersebut juga kini berjalan dengan lancar bersama suasana cukup harmoni.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara lagi perlu diselesaikan mereka sambil berharap supaya para peminat tidak membuat sebarang spekulasi kerana segalanya bakal termeterai tidak lama lagi.

“Ya betul, tonggak JDT itu (Akhyar) berada dalam radar TFC sebagai pemain pinjaman dalam mengharungi saingan Liga M musim 2024.

“Setakat ini rundingan dengan pengurusan JDT berjalan lancar, terima kasih kami ucapkan, cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan.

“Jika semuanya selesai, kami akan membuat pengumuman secara rasmi tidak lama lagi berhubung kehadiran pemain sayap JDT,” jelas satu sumber menerusi Berita Harian.

Kehadiran Akhyar bersama Terengganu pastinya antara menjadi tumpuan utama para peminat bola sepak tanah air kini kerana kelincahan pemain tersebut masih lagi berada pada tahap cukup menyakinkan.

Walaupun kurang diberi peluang, secara keseluruhan Akhyar tetap memberikan impak terbaik buat JDT menerusi jaringan penting serta sumbangan besar di posisi serangan.

Jika sah bersama Terengganu musim hadapan, pastinya kelibat Akhyar akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan tersebut dalam usaha mereka untuk tampil lebih baik di posisi serangan serta menghadirkan cabaran buat kelab lain.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN