Rujukan Dalam Dalam Bahasa Melayu Untuk Football Manager Kini Wujud

Football Manager

Permainan simulasi pengurus berkonsepkan bola sepak, Football Manager (FM) adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Tersenarai antara simulasi pengurusan bola sepak terbaik dunia.

Di dalam kategori simulasi yang menggabungkan bola sepak, strategi dan pengurusan, Football Manager adalah raja.

Tahun demi tahun berlalu masih belum terdapat sumber rujukan di dalam Bahasa Melayu.

Penantian buat peminat Football Manager di Malaysia sudah berakhir. Kini laman twitter @twtFM_MY sudah mempunyai blog FM di dalam Bahasa Melayu di fmmsia.wordpress.com .

Ketua Editor Blog FM Malaysia, Khairul Adilah melahirkan rasa bangga diatas pembukaan blog ini. Beliau berharap blog FM Malaysia dapat memberi info yang berguna kepada seluruh komuniti FM.

Beliau berpendapat bahawa dengan wujudnya blog ini akan membantu para penulis dalam memberikan ulasan yang lebih terperinci terutama sekali mengenai analisis taktikal atau pembangunan pemain muda jika dibandingkan dengan ‘thread’ di Twitter ataupun ‘posting’ di Facebook.

Tambahan pula penulis dapat menyelitkan gambarajah di antara artikel untuk memberi pemahaman yang lebih baik serta gambaran luas tentang topik yang sedang diulas.

“Selaku seorang pembaca juga, saya tidak akan terlepas apa-apa topik di laman sesawang berbanding ‘thread’ di Twitter. Ini lebih memudahkan kita melakukan carian topik yang kita kehendaki”, ujar beliau lagi.

Antara topik yang dikongsikan dalam fmmsia.wordpress.com.

Matlamat kumpulan penulis Blog FM Malaysia adalah jelas iaitu ingin menjadi sumber rujukan utama dalam Bahasa Melayu seumpama laman sesawang Strikerless dan FMScout.

Ditanya artikel bagaimana yang pembaca boleh harapkan daripada kumpulan penulis, mereka menjawab perincian mengenai taktikal, langkah-langkah pembangunan pemain muda, cerita tentang perjalanan karier penulis sebagai seorang pengurus pasukan, taktikal analisis dan apa sahaja yang berkaitan dengan Football Manager.

“Kami dihujani pelbagai persoalan hampir setiap hari oleh para followers kami di Twitter. Pelbagai persoalan mengenai pengurusan pasukan, taktik dan ramai juga yang turut tertarik untuk mencuba permainan simulasi Football Manager ini,” jelas Khairul Adilah lagi.

Sofwan Zulkepli sebagai pengasas akaun Twitter @twtFM_MY merasakan keperluan untuk memberi sesuatu yang baru untuk peminat permainan simulasi ini.

“Ramai yang tahu bermain Football Manager tetapi kadangkala sedikit tertekan kerana tidak dapat taktik yang betul. Jika merujuk kepada laman sesawang berbahasa Inggeris, ia kadangkala membuatkan kita lebih sukar untuk menghadam taktik tersebut,” tambah beliau.

Kewujudan blog Football Manager Malaysia ini diharap dapat memberi sinar baru dan diberi perhatian khusus kerana bermula dengan hanya bermain Football Manager, seseorang itu turut berpeluang untuk pergi lebih jauh dalam bolasepak sebenar.

Sebagai contoh, remaja berusia 17 tahun, Matt Neil, yang kini merupakan penganalisis skuad utama Plymouth Arygle.

Anda sudah bersedia untuk menjadi seorang pengurus di dunia simulasi? Beli dan muat turun Football Manager 2018 sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN