Rui Patricio Lengkapkan Perpindahan Ke Wolverhampton Wanderers

Akhirnya telah pun sah!

Bekas kapten Sporting Lisbon yang juga merupakan penjaga gol utama Portugal, Rui Patricio telah melengkapkan perpindahan beliau ke pendatang baharu Premier League – Wolverhampton Wanderers.

Perpindahan itu menyaksikan penjaga gol berusia 30 tahun itu bakal mengikat kontrak bersama kelab tersebut selama 4 tahun menerusi perpindahan percuma.

Keputusan itu dibuat selepas Patricio mengambil tindakan membatalkan kontraknya sendiri bersama Sporting Lisbon.

Hal ini terjadi kerana, Patricio merupakan salah seorang mangsa serangan yang berlaku di padang latihan kelab.

Pada waktu itu, beliau diserang oleh sekumpulan penyokong kelab sendiri kerana tidak berpuas hati dengan pasukan.

Perpindahan Patricio dari Sporting Lisbon ke Wolverhampton Wanderers telah pun lengkap cuma hanya menanti pengesahan antarabangsa atau international cleareance sahaja.

Sebelum ini telah ada percubaan untuk melakukan perpindahan ini, namun begitu perpindahan tersebut telah dibatalkan oleh pihak Sporting Lisbon.

Beliau akan menyertai Willy Boly yang merupakan bekas pertahanan Porto dan juga Raul Jimenez yang merupakan pemain pinjaman dari Benfica yang menyertai pendatang baharu Premier League itu musim hadapan.

Musim ini menyaksikan Wolverhampton Wanderers banyak mendapatkan pemain yang berasal dari Portugal atau beraksi di Liga Portugal.

Salah seorangnya adalah Ruben Neves yang merupakan pemain paling cemerlang buat mereka pada musim ini.

Apa pun, selamat datang Rui Patricio ke England!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN