Akhirnya telah pun sah!
Bekas kapten Sporting Lisbon yang juga merupakan penjaga gol utama Portugal, Rui Patricio telah melengkapkan perpindahan beliau ke pendatang baharu Premier League – Wolverhampton Wanderers.
Perpindahan itu menyaksikan penjaga gol berusia 30 tahun itu bakal mengikat kontrak bersama kelab tersebut selama 4 tahun menerusi perpindahan percuma.
Wolves are delighted to confirm @selecaoportugal and @Sporting_CP number one Rui Patricio has joined the club on a four-year deal. #BemVindoRui
🇵🇹🐺 pic.twitter.com/tGUQUXQICX
— Wolves (@Wolves) June 18, 2018
Keputusan itu dibuat selepas Patricio mengambil tindakan membatalkan kontraknya sendiri bersama Sporting Lisbon.
Hal ini terjadi kerana, Patricio merupakan salah seorang mangsa serangan yang berlaku di padang latihan kelab.
Pada waktu itu, beliau diserang oleh sekumpulan penyokong kelab sendiri kerana tidak berpuas hati dengan pasukan.
Perpindahan Patricio dari Sporting Lisbon ke Wolverhampton Wanderers telah pun lengkap cuma hanya menanti pengesahan antarabangsa atau international cleareance sahaja.
Sebelum ini telah ada percubaan untuk melakukan perpindahan ini, namun begitu perpindahan tersebut telah dibatalkan oleh pihak Sporting Lisbon.
Beliau akan menyertai Willy Boly yang merupakan bekas pertahanan Porto dan juga Raul Jimenez yang merupakan pemain pinjaman dari Benfica yang menyertai pendatang baharu Premier League itu musim hadapan.
🇵🇹🐺 pic.twitter.com/HyDdWKQU1z
— Wolves (@Wolves) June 18, 2018
Musim ini menyaksikan Wolverhampton Wanderers banyak mendapatkan pemain yang berasal dari Portugal atau beraksi di Liga Portugal.
Salah seorangnya adalah Ruben Neves yang merupakan pemain paling cemerlang buat mereka pada musim ini.
Apa pun, selamat datang Rui Patricio ke England!