Rufino Mahu Bangkit Dari Tahun 2019 Yang ‘Menyakitkan’.

Kecederaan boleh dianggap sebagai satu ‘lumrah’ buat seorang pemain bola sepak. Malah ada sebahagian daripada mereka yang terpaksa menggantung but lebih awal kerana mengalami kecederaan berpanjangan.

Bagi penyerang import Selangor, Rufino Segovia, tahun 2019 merupakan tahun yang amat ‘menyakitkan’ buat beliau. Pemain kelahiran Sepanyol itu bukan sehaja terpaksa diketepikan selama beberapa bulan, bapanya juga telah meninggal dunia pada empat bulan lepas.

Pemain berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan tendon Achilles iaitu terdapat koyakan otot betis pada tulang tumitnya yang menyebabkan kesakitan apabila berjalan atau berlari.

“Tahun lepas adalah tempoh yang paling ‘menyakitkan’ dalam karier saya. Dua kecederaan yang berlaku telah merencatkan kemampuan saya secara fizikal. Jadi saya perlu kuatkan mental untuk mengharungnya,” kata Rufino kepada The Star.

“Disebabkan kecederaan itu, saya hilang kekuatan pada sebelah kaki dan untuk kembali pulih ianya mengambil masa yang agak lama. Saya mahu pastikan kedua-dua kaki saya sembuh sepenuhnya dan betul-betul kuat sebelum saya kembali beraksi di atas padang.

Bercakap mengenai mendiang ayahnya, Rufino menjelaskan beliau mendapat banyak inspirasi daripada ayahnya terutamanya sewaktu dalam tempoh pemulihan.

Menurut beliau, ayahnya banyak memberikan motivasi dengan kata-kata semangat supaya tidak berputus asa untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

“Saya perlu tanam dalam mentaliti saya bahawa saya boleh melangkah lebih jauh. Saya tidak mahu mengakhiri karier disebabkan kecederaan, saya mahu berada di kemuncak.

“Saya masih ada beberapa tahun lagi untuk membuktikannya dan saya mahu orang mengingati saya berdasarkan personaliti dan kejayaan dalam bidang ini.”

Disamping Rufino, Selangor juga mempunyai seorang lagi penyerang import, Ifedayo Olusegun. Penyokong Red Giants kini tidak sabar untuk menyaksikan gandingannya bersama penyerang Nigeria tersebut yang menjaringkan 16 gol dalam 20 perlawanan pada musim lepas.

“Saya masih belum dapat beraksi banyak dengan Ifedayo, tetapi saya tahu beliau adalah penyerang yang amat berkualiti. Jadi sekarang ini kami sedang berusaha untuk memahami dan mengenali kekuatan masing-masing.

“Sudah tentu saya berharap gandingan kami dapat memberikan kejayaan kepada pasukan pada musim ini. Saya mahu jadi penjaring terbaik, tetapi yang lebih penting adalah untuk membantu pasukan mencapai keputusan terbaik terutamanya bagi mengejar slot ke kejohanan Asia pada tahun depan.”

Kredit Foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN