Chelsea sah menandatangani bek antarabangsa Jerman, Rudiger dari AS Roma dengan bayaran prinsipal £29 juta. Nilai ini boleh mencecah sehinggan £33.3 dalam klausa banus yang berkaitan dengan persembahan.
Ini adalah rekrut pertama Antonio Conte dalam jendela perpindahan kali ini. Rudiger yang menjadi pertahanan utama pasukan Jerman dalam Piala Konfederasi lalu berkata:
“Ia satu perasaan yang hebat kerana tidak semua pemain berpeluang menyertai kelab besar seperti ini.”
Pengarah Teknikal Chelsea, Michael Emenalo gembira kerana berjaya mendapatkan Rudiger. Beliau berkata:
“Antonio Rudiger masih muda tetapi banyak pengalaman dengan kelab dan peringkat antarabangsa. Beliau memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk bermain di EPL. Rudiger adalah pemain yang sudah terbukti.”
Rudiger akan memakai jersi no.2. Jersi yang kali terakhir dipakai oleh Branislav Ivanovic yang meninggalkan kelab tersebut ke Zenith St Petersburg.
Rudiger masih lagi memerlukan rehat selepas beraksi dalam kempen Piala Konfederasi. Jadi, beliau dijangka tidak akan menyertai beberapa sesi latihan awal Chelsea pada pra musim ini.
Rudiger meninggalkan Roma dengan rekod membantu kelab tersebut menamatkan liga di tangga ke-2 musim lalu.
Chelesea memuatnaik montaj khas video seorang budak kecil yang mahukan jersi Rudiger. Ayahnya mencadangkan agar budak tersebut memilih pemain Chelsea yang lain.
Pembantu kedai masuk ke satu bilik dan berkata ada orang mahukan jersi Rudiger. Rudiger menjawab, “tiada masalah, saya sekarang pemain Chelsea.”
Which name would you get on the back of your @nikefootball Chelsea home shirt today? 👀 #WeAreThePride pic.twitter.com/WKmYxd2x0K
— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 9, 2017
Selamat datang ke EPL.