Rudie Ramli Kagum Aspek Kemudahan Infrastruktur Tempat Latihan Semakin Jadi Perhatian Pasukan

Rudie

Bekas pemain Selangor dan PKNS FC, Rudie Ramli kagum melihat inisiatif yang dilakukan oleh kebanyakan pasukan serta kelab di Liga Malaysia dalam aspek meningkatkan kemudahan serta infrastruktur tempat latihan selain menitikberatkan tadbir urus yang lebih profesional.

Menurut Rudie yang juga Bendahari Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFAM), situasi itu berbeza ketika beliau bergelar pemain di mana aspek kemudahan tempat latihan belum menjadi keutamaan seperti mana yang terdapat di Liga Malaysia hari ini.

Justeru beliau mengharapkan semua pasukan akan terus merangka perancangan jangka masa pendek dan panjang agar kualiti pengurusan kesemua pemegang taruh Liga Malaysia mampu menandingi kebanyakan liga-liga luar negara.

“Kebanyakan kelab sekarang atau pasukan negeri saya dapati mereka semakin serius dalam memperbaiki kemudahan, sepertimana kita boleh lihat pasukan JDT (Johor Darul Ta’zim) pada masa sekarang.

“Yang terbaharu pasukan Selangor, mereka juga kian bersungguh menaikkan lagi tahap kemudahan sedia ada dan ini satu petanda positif kepada perkembangan pasukan bola sepak negara.

“Kita harapkan pasukan di negeri-negeri lain dapat mengikut jejak langkah yang sama dalam aspek ini kerana sebagai pasukan bola sepak, kemudahan tempat latihan dan aspek-aspek berkaitan dalam meningkatkan prestasi pemain bola sepak profesional, ” katanya.

Pasukan lain yang dilihat ada peningkatan dalam aspek kemudahan tempat latihan ialah Kedah dan Terengganu selain beberapa pasukan sudah bersedia lakukan perancangan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Dalam perkembangan lain, Rudie melihat pendekatan Malaysian Football League (MFL) dalam melancarkan Next50 Strategic Blueprint sebagai satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh pasukan dan setiap pemain dalam meningkatkan prestasi serta pengurusan yang mampu mencapai piawaian di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, langkah strategik ini bertepatan untuk membantu setiap pasukan dan pemain memahami apakah visi dan misi yang mahu dicapai serta hala tuju bagi jangka masa panjang.

“Kita tahu MFL baru-baru ini telah melancarkan blueprint 50 tahun dan saya rasa ini satu petanda sihat yang bola sepak kita semakin menuju ke arah yang tepat selepas sekian lama.

“Sepertimana kita bole lihat, rata-rata pasukan semakin pamerkan aksi terbaik di saingan Liga Super, Liga Premier sehinggalah peringkat akar umbi pada musim ini, jadi langkah perkenalkan blueprint ini adalah waktu yang tepat.

“Saya rasa pemain-pemain sehinggalah pasukan kena ambil kesempatan yang dilakukan MFL dan begitu juga pasukan-pasukan di negeri serta kelab dalam meningkatkan nilai tadbir urus mereka bagi memastikan Liga Malaysia terus ampuh untuk jangka masa panjang, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN