Rudi Voller: Kai Havertz Bakal Sertai Kelab Ternama Dunia

Kai Havertz Voller

Pengarah Urusan Bayer Leverkusen, Rudi Voller berharap agar Kai Havertz dapat terus kekal bersama kelab tersebut dalam tempoh yang lama meskipun beliau yakin pemain tengah sedang meningkat naik itu mampu untuk beraksi bersama kelab ternama dunia.

Havertz yang akan menjengah usia 21 tahun pada 11 Jun ini telah memainkan peranan penting di jentera tengah kelab tangga kelima saingan Bundesliga 2019/20 itu apabila berjaya menjaringkan 11 gol dari 26 perlawanan liga dihadapinya.

Aksi menarik yang ditampilkannya dikatakan telah menarik kelab-kelab besar Eropah seperti Liverpool, Manchester United dan Bayern Munich untuk mendapatkan khidmatnya.

Sehubungan dengan itu, Voller melihat pemain kelahiran Aachen tersebut bakal menyarung jersi pasukan berkelas dunia walaupun jauh di lubuk hatinya untuk melihat Havertz kekal di BayArena.

”Secara jujurnya, saya sentiasa mengharapkan agar ada peluang kecil buat kami untuk dapat mengekalkannya di sini bagi tempoh beberapa tahun lagi,” ujar Voller menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Ia [nilai £90 juta] tidak akan berubah kerana dia sudah mencapai tahap pemain berkelas dunia, itulah yang dia miliki sebelum ini. Pada ketika ini perhatian lebih diberikan kepadanya.”

”Dia akan berhijrah ke kelab berkelas dunia pada satu hari nanti,” tambah Rudi Voller lagi.

Dalam pada itu, pengendali Bayer Leverkusen, Peter Bosz mengakui Havertz memiliki corak permainan mirip legenda hidup Perancis yang kini merupakan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

”Semua orang membicarakan tentang Kai Havertz, jika anda melihat dia beraksi, ia akan mencerikan kepada anda segalanya.”

”Pada saya, dia mempunyai gaya elegan seperti Zidane. Jika anda melihat kepada pergerakannya, dia sentiasa sangat elegan, dia sentiasa tenang dan mempunyai kualiti hantaran yang cukup hebat.”

Tugas sukar menanti Havertz dan Bayer Leverkusen apabila mereka bakal melayani kunjungan pendahulu liga, Bayern Munich pada aksi ke-30 yang berlangsung di gelanggang sendiri pada jam 9.30 malam waktu Malaysia.

Kredit featured image: Alex Grimm/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Havertz:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN