Ruben Loftus-Cheek Terus Kekal Bersama Chelsea Sehingga 2024

Pemain muda Chelsea, Ruben Loftus-Cheek kini telah memberikan komitmen beliau terhadap kelab itu untuk satu tempoh yang lama.

Menurut laporan Sky Sports, pemain muda berpotensi tinggi itu mengikat kontrak untuk terus bersama-sama juara Europa League musim lalu sehingga tahun 2024.

Kontrak berdurasi 5 tahun itu ditandatangani oleh Loftus-Cheek ketika pemain itu masih lagi mempunyai 2 tahun dalam kontrak asal beliau bersama Chelsea.

Loftus-Cheek berkata beliau cukup gembira untuk terus kekal di Chelsea dan inginkan lebih banyak kejuaraan bersama-sama kelab tersebut.

“Saya cukup gembira untuk kekal di sini untuk 5 tahun lagi. Di sini merupakan tempat saya membesar dan saya berharap dapat kekal lebih lama.”

“Saya berharap dapat memenangi lebih banyak trofi bersama pasukan dan secara peribadinya adalah untuk melakukan sebaiknya untuk jadi pemain utama buat Chelsea.”

Keputusan Loftus-Cheek untuk kekal di Chelsea cukup menggembirakan Frank Lampard yang ingin memberikan lebih peluang kepada pemain muda menyinar di Chelsea.

Walaupun ingin berikan peluang kepada pemain muda, namun Lampard tidak mahu tahap cabaran Chelsea menurun.

“Tugas saya adalah memberi keseimbangan kepada tahap kompetitif kami selain memberikan peluang kepada pemain muda.”

“Saya tidak boleh rendahkan tahap cabaran kami, saya memang terbuka kepada pemain muda namun mereka perlu dapatkan merit untuk beraksi di pasukan utama dan bukannya hasil bantuan saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN