RTM Berjaya Dapat Hak Penyiaran Copa America 2019

Berita baik untuk para peminat di Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan sukan bola sepak di luar negara apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengesahkan kejohanan bola sepak terulung di benua Amerika iaitu Copa America 2019 akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Gobind, kementeriannya bersama RTM sedang berusaha untuk mewujudkan saluran sukan percuma untuk rakyat dalam siaran berdefinisi tinggi (HD).

Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu menjana dan membangunkan industri sukan di samping mewujudkan perpaduan dan meningkatkan semangat patriotik.

Tahun lepas, RTM menyiarkan siaran langsung 41 perlawanan bola sepak Piala Dunia yang membabitkan penajaan sebanyak RM18 juta. AirAsia Berhad (AirAsia) pula menjadi penaja emas dengan tajaan RM12 juta, sekali gus melengkapkan tajaan bagi pembayaran kos hak penyiaran acara sukan itu yang berjumlah RM30 juta.

Selain Copa America, beberapa acara sukan berprestij juga akan disiarkan di RTM seperti pertandingan Asian Basketball League (ABL), Cub Prix, Kejohanan Badminton Malaysia Axiata Open dan BWF World Championship.

“Acara sukan serantau, SEA Games Manila 2019 turut diberi perhatian selain perlumbaan Moto GP dan Martial Arts One Championship,” katanya dalam bernama.

Selain itu, Gobind turut berkata pihaknya juga dalam perancangan untuk mendapatkan hak penyiaran kejohanan bola sepak Eropah (Euro 2020) yang akan berlangsung pada tahun 2020 itu.

“Saya difahamkan RTM sedang berusaha untuk mendapatkan hak siaran tersebut,” katanya.

Copa America 2019 akan berlangsung pada 14 jun hingga 7 julai ini melibatkan 12 pasukan termasuk dua pasukan jemputan daripada benua Asia iaitu Jepun dan Qatar. Mereka adalah finalist kejohanan Piala Asia yang diadakan pada bulan januari lepas.

Juara Piala Asia 2019, Qatar diundi dalam kumpulan B bersama Argentina, Colombia dan Paraguay manakala Jepun berada dalam kumpulan C bersama Uruguay, Equador dan juara bertahan, Chile.

Kumpulan A pula dihuni oleh juara Piala Dunia 5 kali dan juga tuan rumah kejohanan iaitu Brazil bersama Bolivia, Venezuela dan Peru. Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir bersama dua pasukan di kedudukan tempat ketiga terbaik kumpulan.

Lazimnya, kejohanan Copa America diadakan pada tahun-tahun ganjil. Namun bermula pada edisi 2020, Copa America akan diadakan pada tahun yang sama kejohanan EURO diadakan.

Sekiranya ini terjadi, maka Copa America akan diadakan 2 tahun berturut-turut iaitu di Brazil pada 2019 dan 2020 di Amerika Syarikat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN