Roy Keane Kritik Arsenal, Persoal Kenapa Gibbs Menjadi Kapten?

Roy Keane kritik Arsenal ketika pasukan tersebut dibelasah oleh Bayern Munich 5-1. Keane turut mempertikaikan pemilihan Kieran Gibbs sebagai ketua pasukan.

Arsenal pada awalnya kelihatan akan memberikan saingan kepada Bayern ketika Sanchez menyamakan kedudukan.

Namun persembahan pada separuh masa kedua Arsenal lebih teruk daripada separuh masa pertama. Arsenal melepaskan 3 gol dalam tempoh 10 minit pada separuh masa ke-2.

Bercakap kepada ITV, Roy Keane jelas tidak menggemari karakter para pemain Arsenal dan juga pengurusan perlawanan (in-game management) Arsene Wenger.

“Apabila saya melihat Gibbs memakai lilitan kapten pada akhir perlawanan, anda berada dalam masalah besar.”

“Jika ini orang yang anda harapkan menjadi kapten dan ketua, jika dia yang anda harapkan untuk menyatukan semua orang. Anda berada dalam masalah besar.”

“Bayern tidak perlu bermain pada tahap terbaik untuk menang dalam perlawanan ini. Ini kerana Arsenal bermain dengan banyak kesilapan budak sekolah. ”

Ketika ditanya, adakah skuad Arsenal tidak cukup kompetitif dalam peringkat kalah mati UCL kerana rekod buruk dalam 7 edisi beturut-turut.

“Tidak ada gunanya terlalu kritikal terhadap Arsenal kerana mereka hanya mempunyai dua pemain yang bagus dan selebihnya adalah pemain biasa. ”

“Saya tidak meletakkan apa-apa harapan untuk pasukan ini.”

“Mereka kurang kepimpinan, karakter, rasa lapar untuk menang dan keinginan. Apa yang boleh saya katakan, malam ini mereka tidak cukup bagus untuk peringkat sebegini.”

Kekalahan 5-1 di Allianz Arena bermakna, Arsenal perlu menang 4-0 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sebarang jaringan tempat lawan oleh Bayern Munich di Emirates, terlalu besar nilai untuk dibayar oleh Arsenal.

Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Bayern Munich Memanipulasi Pertahanan Lemah Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN