Roy Keane Gelabah Musuh Lama, Alfie Haaland ‘Tunggu’ Lepas Perlawanan

Sky Sports Micah Richards Roy Keane Alfie Haaland

Sejarah permusuhan antara Roy Keane dan bapa Erling Haaland, Alfie sudah berlalu kira-kira 20 tahun lalu, ketika Haaland baru berusia 3 tahun.

Kini, kedua-duanya berada di England dengan Keane menjadi pengulas di Sky Sports sementara Haaland ‘tua’ menjadi penasihat buat anaknya.

Haaland sah menyertai Manchester City dengan nilai €60 juta (RM309 juta) dari Borussia Dortmund pada permulaan musim 2022/23, baru-baru ini.

Dan kini beliau mula mencipta sensasi selepas meledak hatrik dalam dua perlawanan terakhir Man City – berdepan Crystal Palace dan Notts Forest.

Ketika mengatasi West Ham, Haaland berhasil meledak dua gol dan Keane sedang mengulas perlawanan tersebut bersama Micah Richards untuk Sky Sports. Tentunya beliau berasa kekok mengulas mengenai anak kepada pemain yang telah beliau musnahkan kariernya pada satu masa dahulu.

Begitupun, beliau kekal profesional dengan menghamburkan puji-pujian buat penyerang berusia 22 tahun itu dalam setiap bibit ulasannya.

Agak menggelikan hati apabila Sky Sports telah memperdayanya dengan menyatakan bapa Haaland turut berada di stadium ketika itu. Dan Keane mula dilihat kurang selesa selepas itu – mungkin terkenang kisah lama.

Keane telah mengakui dalam satu temu ramah bersama SkyBet’s Road to Wembley mengenai sejarahnya sengaja mencederakan Alfie Haaland pada Oktober 2001 dalam aksi di Old Trafford – Man United menentang Man City.

“Adakah saya berniat untuk mencederakannya? Tentunya ya. Saya tidak akan pernah meminta maaf untuk itu. Dan pemain lain juga boleh cederakan saya.”

Keane sebenarnya membalas dendam atas apa yang dilakukan Haaland ke atasnya pada September 1997 – ketika Haaland bermain untuk Leeds. Hadangan keras pemain tengah Norway di era 90-an itu menyebabkan Keane terpaksa berehat selama hampir setahun akibat kecederaan ACL.

“Saya sudah menunggu sekian lama untuk balas dendam. Saya menghentam dia [Haaland] dengan keras.”

Buku autobiografi Keane, 2002

Dan hadangan Keane untuk menjadi punca Haaland gantung but awal.

Ketika sedang mengulas perlawanan antara West Ham dan Man City pada awal Ogos lalu, pengulas bersama, Micah Richards berjenaka mengatakan beliau tidak pernah melihat Roy Keane sangat gelabah apabila Sky Sports memaklumkan bapa Erling Haaland turut sama berada di stadium itu.

Richards dilihat menokok tambah perkhabaran itu dengan mengatakan bapa Haaland sedang menanti Keane selepas perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN