Roy Keane tampil mempertahankan Cristiano Ronaldo selepas pemain penyerang Manchester United itu teruk dihentam oleh pelbagai pihak.
Cristiano Ronaldo juga turut digugurkan dari skuad Manchester United ketika beraksi bertemu Chelsea dalam saingan Premier League malam semalam.
Bintang Portugal itu diketepikan oleh pengurus, Erik ten Hag selepas beliau menolak untuk dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi kemenangan 2-0 Man United bertemu Tottenham Hotspur kemarin.
🗣 "I couldn’t care less what fans think, I couldn’t care less, a lot of the fans haven’t got a clue what’s going on."
Gary Neville and Roy Keane clashed over Cristiano Ronaldo 😳 Read the argument in full 👀👇https://t.co/6ylr9rvx1m
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 22, 2022
Ten Hag menggugurkan nama Ronaldo kerana beliau sendiri tidak gembira melihat sikap yang ditunjukkan oleh legenda kelab itu.
Bercakap sebelum perlawanan antara Man United bertemu Chelsea, Roy Keane mendedahkan yang beliau bersetuju Ronaldo dihukum atas kesalahannya itu, namun beliau tetap faham mengapa hal tersebut berlaku.
Keane faham yang Ronaldo sebenarnya sangat terkesan dan tak gembira dengan peranan yang diberikan kepadanya sepanjang musim ini.
“Dia (Ten Hag) sangat kecewa kerana Ronaldo tak nak masuk. Tapi kenyataannya Ronaldo sebenarnya di hukum kerana dia terus kembali ke bilik persalinan. Cuma saya sekarang cuba untuk lihat situasi ini dari sudut pandangan seorang pemain.”
Roy Keane has thrown his support behind Cristiano Ronaldo after he refused to come on against Tottenham. pic.twitter.com/bu7ye7DoBl
— SPORTbible (@sportbible) October 22, 2022
Jelas Keane kepada Sky Sports.
“Dia dah penat, dia dah hilang sabar.”
“Ia semakin teruk untuk Ronaldo sejak beberapa minggu lalu. Tapi saya masih akan cuba dan pertahankan dia. Dia juga manusia, dia ada perasaan, dia kecewa kerana tak dapat kesempatan dan dia dah penat.”
“Dia kembali ke bilik persalinan, saya rasa ada pemain yang dah buat lebih teruk dari itu di Man United. Ia memang berlaku, itu lumrah manusia.”
Keane kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
"I think players have done a lot worse things at Manchester United, it happens, it’s human nature." #MUFC https://t.co/hSiXW8b93v
— talkSPORT (@talkSPORT) October 23, 2022
“Persembahan terbaik United sepanjang tahun ini? semuanya sampah, Spurs memang teruk. United kalahkan Spurs tahun lalu di Old Trafford dan Ronaldo berjaya catat hat-trick. Dia lebih dari mampu untuk masuk ke padang dan buat perubahan.”
“Dia perlu terima hukuman itu. Adakah masih ada peluang untuk dia? saya sendiri tak pasti. Tapi saya masih yakin yang Ronaldo, dengan sikap dia sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan dia menolak untuk bermain…. Saya akan lebih risau kalau Ronaldo duduk di tempat duduk pemain simpanan dan ketawa sahaja di situ.”
“Saya rasa dia peduli. Dia peduli tentang kelab, dia mahu bermain, dia perlu bermain. Dia pemain berkelas dunia. Orang kata dia tak sama macam dia yang 10 tahun dulu, tentu saja tak akan sama.”
“Tapi dia merupakan penjaring terbanyak Man United musim lalu. Skuad terburuk United pada ketika itu, tapi dia masih mampu jadi penjaring utama.”
Roy Keane gave his verdict on the Cristiano Ronaldo situation before today's game 🗣️https://t.co/cBLtVaBkVD
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 22, 2022
“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini dia sedikit kecewa terutama selepas perlawanan bertemu City. Perlawanan bertemu Everton dia di bawa masuk dan dia jaringkan gol kemudian dia dikeluarkan ketika aksi bertemu Newcastle.”
“Pengurus kemudiannya mahu membawa dia masuk pada minit-minit akhir. Wartawan tanya dia di sidang media adakah Ronaldo menolak untuk di bawa masuk, tapi saya rasa mereka patut tanya soalan ni, ‘Bila kamu nak masukkan Ronaldo?”
“Hujung permainan, ada dua ke tiga minit saja lagi, tak pasti sama ada itu langkah yang bijak atau tidak.”
Roy Keane dianggap ‘macai’ Cristiano Ronaldo
Melihat bagaimana Roy Keane terlalu bersemangat mempertahankan Ronaldo, ramai pihak yang tampil menuduh legenda Manchester United itu sebagai ‘macai’ Ronaldo.
🗣️ "Manchester United are disrespecting him!"
Do you agree with Roy Keane and are Ronaldo's actions justified ❓🤷♂️ pic.twitter.com/8mQVWlBkHk
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 21, 2022
Bahkan ada peminat yang menganggap Keane sebenarnya terlalu takut untuk mengkritik pemenang lima kali anugerah Ballon D’or itu.
Seandainya ada pemain lain yang membuat kesilapan, Keane jelas sekali merupakan individu paling lantang menghentam pemain tersebut.
Dan beliau jelas sekali menunjukkan reaksi yang sangat berbeza ketika pemain yang melakukan kesilapan itu adalah Cristiano Ronaldo.