Rooney Sedia Diturunkan Derby Country Buat Kali Pertama

Legenda Manchester United dan England, Wayne Rooney dilaporkan sudah bersedia untuk diturunkan oleh pasukan baharunya, Derby Country yang dijadualkan menentang Barnsley pada Khamis ini.

Penjaring terbanyak England sepanjang zaman itu telah menandatangani perjanjian sebagai pemain merangkap jurulatih dengan kontrak selama 18 bulan.

Dengan prestasi terumbang-ambing Derby ketika ini ditambah pula dengan penggantungan dua pemain utama, pengurus Phillip Cocu berkemungkinan besar akan memberi peluang kepada pemain berusia 34 tahun itu untuk turun sebagai kesebelasan utama.

“Dia cergas, dia boleh bermula [kesebelasan utama], tetapi dia masih perlukan beberapa perlawanan,” kata Cocu.

“Jadi tak semestinya dia akan memulakan permainan, tetapi yang penting dia akan dapat menyesuaikan diri dengan pasukan secepat mungkin. Jadi kami boleh bentuk persefahaman yang baik dalam pasukan.

“Jika ada pemain yang mempunyai kualiti dan karier dan pengalaman seperti Rooney, sudah tentu kamu akan gembira jika dia ada di sini. Sejujrunya saya tidak perlukan penggantungan [pemain lain] untuk pertimbangkan dia [Rooney] dalam kesebelasan utama.

“Harapan kepada dia sudah tentu amat tinggi apabila dia mula bermain, tetapi kami perlu berikan kepadanya beberapa perlawanan untuk pastikan dia lebih selesa dengan pasukan.

DERBY, ENGLAND – DECEMBER 14: Wayne Rooney of Derby County (C) with Shay Given (CL) and Phillip Cocu manager (R) during the Sky Bet Championship match between Derby County and Millwall at Pride Park Stadium on December 14, 2019 in Derby, England. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Pemain tengah, Krystian Bielik telah dibuang padang dalam perlawanan lepas ketika mereka menewaskan Charlton Athletic dan pemain sayap, Tom Lawrance juga digantung perlawanan. Maka mungkin ianya masa yang sesuai untuk Rooney diturunkan.

Rooney merupakan pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) lima kali dan turut menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala FA dan tiga Piala Liga sepanjang 13 tahun bersama Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN