Quantcast
Rooney: Lagenda Hidup Old Trafford Yang Menyamai Pencapaian Sir Bobby Charlton


KAJIAN & FAKTA

Rooney: Lagenda Hidup Old Trafford Yang Menyamai Pencapaian Sir Bobby Charlton

Sunday, 8 Jan 2017

Ia sepatutnya dilakukan lebih awal. Mungkin musim lalu. Namun krisis prestasi melanda Wayne Rooney. Daripada konflik dengan sistem dan transisi taktikal sehinggalah masalah pretasi hambar (out of form).

Pada musim lalu, ramai mulai resah dengan prestasi Rooney. Beliau mulai dianggap liabiliti kepada pasukan. Pengkritik Fox Sports, Paul Parker dengan lantang mencadangkan agar pemain ini dijual.




Baca juga: Paul Parker: Rooney Terlebih Berat Dan Lambat

Parker berpendapat, biarlah dia tidak memecahkan rekod yang hanya dibezakan dengan beberapa gol di belakang Sir Bobby Charlton.

Apa yang penting pengurus tidak perlu pening untuk memikirkan soal Rooney yang berpendapatan paling lumayan dalam pasukan Manchester United.

Dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala FA. Beliau diturunkan menentang Reading. Hanya 7 minit di dalam padang, Rooney menjaringkan gol pembukaan.

Seluruh dunia menjadi gila dan mengucapkan tahniah kepada Wayne Rooney. Beliau masih ada 83 minit lagi untuk mencetak gol seterusnya untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Red Devils hari itu juga.

Walaupun tidak dapat melakukannya. Namun Rooney sudah cukup berbangga untuk menyamai rekod Sir Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United.

Ia bermula dari 12 tahun yang lalu. Sir Alex Ferguson membeli pemain muda berbakat dari Everton bernama Wayne Rooney dengan harga £27 juta. Ia harga yang tinggi pada ketika itu untuk pemain muda. 

Pada 2004, ketika beliau membuat debut untuk United dalam perlawanan UCL menentang Fenerbahce.Rooney yang ketika itu berusia 18 tahun meledak hat-trik dalam debut beliau untuk United.

Satu malam yang istimewa untuk wonderkid yang digelar White Pele oleh media England. Rooney kemudian meneruskan kecemerlangan beliau dengan rekod seperti berikut:

Musim Gol
2004/05 17
2005/06 19
2006/07 23
2007/08 18
2008/09 20
2009/10 34
2010/2011 16
2011/2012 34
2012/2013 16
2013/14 19
2014/15 14
2015/16 15
2016/17 4 (masih aktif)

Grafik : BBC

Turun Naik Karier Di Old Trafford

Rooney pernah dikecam teruk oleh segelintir penyokong di Old Trafford. Sir Alex Ferguson mendedahkan pemain itu hampir meninggalkan United pada 2010.

Hubungan beliau dan penyokong agak tegang selepas beliau lantang mempersoalkan cita-cita pasukan United? Namun Alex Ferguson mengambil langkah terbuka dan menerima pendapat Rooney.

Di kala ramai penyokong merasakan Rooney harus dijual. Alex Ferguson kekal dengan pendirian untuk mengekalkan Wayne Rooney. Pengaruh Sir Alex membuatkan Rooney menandatangani kontrak baru 5 tahun.

Pada akhir musim 2012-13, Rooney berkata beliau mungkin akan meninggalkan Old Trafford kerana Sir Alex Ferguson sudah mengumumkan persaraan beliau.

Ia mendapat respon panas penyokong Manchester United sekali lagi.

Namun selepas itu Rooney membuktikan dia adalah pemain yang setia bersama kelab ini walaupun berhadapan dengan musim sukar di bawah Moyes dan kemudian Van Gaal.

Kemasukan Mourinho ke Old Trafford terus memberikan kepercayaan bahawa Rooney harus kekal. Mourinho berpendapat pemain ini terlalu banyak dimainkan di posisi yang salah.

“Dalam pasukan saya, Rooney adalah no.9 , 9 separa (9 and a half/false 9) no.10 bukannya nombor lain. Dengan saya, dia tidak akan pernah bermain nombor 6 atapun nombor 8.”

Rooney banyak diletakkan di bangku simpanan ketika Mourinho dan United dalam proses stabiliti dari segi formasi dan kesebelasan utama.

Rooney komited untuk dan kekal profesional dengan keputusan Jose Mourinho. Beliau juga menjadi pemain yang penting di kala pemain-pemain muda United memerlukan suntikan mentaliti daripada pemain berpengalaman.

249 Gol!

Beliau mencecah angka 249 gol jauh lebih cepat daripada Sir Bobby Charlton. Rooney hanya memerlukan 543 perlawanan untuk mencapai rekod ini berbanding dengan  758 perlawanan oleh Sir Bobby Charlton.

Ratio gol per perlawanan beliau adalah 0.459 gol berbanding dengan 0.328 gol oleh Sir Bobby Charlton.

Jadi inilah senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United.

grafik : BBC

Tahniah Wayne Rooney. Selepas karier turun naik di Old Trafford, anda membuktikan anda adalah lagenda hidup di sana. Pernah menjadi sasaran banyak kelab-kelab besar termasuk Real Madrid.

Namun beliau memilih untuk kekal di Old Trafford. Ia tinggal bila bila masa sahaja untuk beliau menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam pasukan United.

Beliau bukanlah kemaruk dengan rekod kerana sebelum ini beliau memberikan peluang kepada pemain lain untuk melakukan penalti.

Rooney sudah berada dalam senarai lagenda antara yang terbaik dalam sejarah Manchester United.

Baca juga: Shah Alam Antlers 4-0 Dataran FC: Laporan Perlawanan KVL (Matchday 3)

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!


Kongsi