Rooney Jaring Gol EPL Ke-200, Everton Diikat Minit Akhir Oleh Manchester City

Perlawanan Manchester City menentang Everton di Etihad menutup minggu kedua EPL. Everton hampir menang perlawanan pada awal pagi tadi namun jaringan minit ke-88 oleh Raheem Sterling menyelamatkan skuad Guardiola.

Wayne Rooney memiliki rekod unik di dalam karier beliau. Bintang berusia 31 tahun ini menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-35.

Kredit kepada ketenangan pemain muda Everton, Calvert-Lewin yang melorongkan ‘square pass’ selepas memperdayakan Fernandinho.

Itu adalah jaringan EPL ke-200 Wayne Rooney di dalam karier. Lebih menarik kesemua jaringan ke-50, ke-100, ke-150 dan jaringan ke-200 Rooney adalah dilakukan ketika menentang City.

Rooney kini 60 gol di belakang Alan Shearer yang merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah EPL buat masa ini.

Selepas jaringan pendahuluan Wayne Rooney, City terpaksa bermain 10 orang 9 minit kemudian selepas Kyle Walker menerima kad kuning ke-2. Ini adalah debut perlawanan di halaman sendiri oleh Walker.

Ini adalah kad merah pertama dalam karier Walker pada perlawanan EPL ke-200 beliau.

Sepanjang separuh masa kedua, City bemain 10 orang dan mereka tetap berjaya menekan pasukan Everton dengan ancaman demi ancaman.

Jordan Pickford menjadi pemain yang paling sibuk di dalam padang. Namun sayangnya untuk Everton apabila ‘clearance’ lemah oleh Holgate disambut Sterling dengan voli pada minit ke-82.

Pada minit ke-88, Morgan Schneiderlin pula dibuang padang kerana kad kuning ke-2 selepas faul ke atas Aguero.

Perlawanan berkesudahan dengan seri 1-1. Jaringan lewat babak kedua oleh Sterling menyelamatkan Manchester City daripada kekalahan pertama dalam perlawanan ke-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN