Rooney: England Boleh Menang Semua Kejuaraan Dunia Bersama Guardiola

Bekas penyerang England, Wayne Rooney percaya ‘Generasi Emas’ England berupaya untuk menang segalanya jika mereka beraksi di bawah kendalian pengurus berkaliber seperti Pep Guardiola.

Rooney yang mengumpul 120 kaps bersama Three Lions bermain dalam enam kejuaraan utama bersama England tetapi tidak pernah berjaya melepasi peringkat suku akhir.

Walau bagaimanapun, beliau percaya rekod England yang mengecewakan itu bukanlah disebabkan pasukan itu kekurangan pemain hebat tetapi kerana faktor kelemahan jurulatih.

“Saya menonton perlawanan pasukan England dengan teruja dan gembira setelah melihat mereka mencapai kemenangan demi kemenangan.

“Kamu lihat pasukan kami 10 tahun lepas dan tidak dinafikan kami mempunyai kumpulan pemain terbaik dalam dunia bola sepak.

“Rio Ferdinand, John Terry, Ashley Cole, Steven Gerrard, Paul Scholes, Frank Lampard, David Beckham, saya sendiri, Michael Owen dan rakan sepasukan lain, jika kami memiliki Guardiola dalam kumpulan pemain ini, kami akan menang semuanya, tiada keraguan tentang itu.” Kata beliau kepada Wayne Rooney Podcast.

Kredit Foto: Fox Sports

Rooney merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak England dengan 53 gol di hadapan Sir Bobby Charlton (49 gol).

Tetapi beliau percaya ketua pasukan England, Harry Kane yang kini sudah menjaringkan 26 gol berupaya untuk mengatasi rekod beliau itu.

“Saya tidak rasa rekod itu akan kekal sehingga 50 tahun seperti mana rekod Bobby Charlton sebelum ini. Saya fikir Harry Kane berkemungkinan boleh memecahkannya dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

Kredit Foto: Daily Mail

“Dia [Kane] adalah panjaring gol yang hebat dan rekodnya bersama England juga amat mengujakan.

“Apabila dia [Kane] berjaya memecahkan rekod saya itu satu hari nanti, saya mengatakan ia akan menjadi satu penghormatan untuk menyerahkan kasut emas kepadanya seperti mana Bobby Charlton melakukan perkara itu kepada saya.

“Saya amat yakin ia akan berlaku tidak lama lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN