Bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney bakal berhijrah ke Amerika menyertai kelab Liga Bolasepak Major (MLS). Perpindahannya ke kelab DC United hampir dimuktamadkan secara rasmi.
Penyerang yang berusia 32 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak dengan kelab DC United dengan perjanjian selama dua tahun dengan gaji AS$5 juta (RM19.89 juta) setahun, menurut laporan berita Sky Sports.
Perjanjian itu boleh dimuktamadkan seawal Isnin ini. Begitupun, wujud perjanjian kedua yang membenarkan Rooney kembali ke kelabnya, Everton dengan tugas sebagai jurulatih pada masa depan, kata laporan berkenaan.
SKY SOURCES: Wayne Rooney arrives in Washington for talks and medical with DC United. #SSN pic.twitter.com/dTNqCK6RZ9
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 23, 2018
Rooney tidak boleh menyertai DC United sehingga jendela perpindahan kedua dibuka pada 10 Julai ini dan ironinya kelab berkenaan akan merasmikan gelanggang baharu, Audi Field pada 14 Julai.
Sejak beberapa bulan lalu, wakil Rooney memulakan rundingan membabitkan terma kontrak perpindahannya daripada Everton.
Bekas pengurus Everton, Sam Allardyce sebelum ini tidak dapat menjamin tempat buat Rooney bersama kelab itu pada musim depan.
Reports on Thursday claimed former England captain @WayneRooney has already agreed a deal with Major League Soccer side DC United |https://t.co/PjT29b8dPA pic.twitter.com/QQgH7Zbi40
— ITV Football (@itvfootball) May 11, 2018
Rooney yang tidak dipilih menyertai skuad Piala Dunia England tahun ini telah dilaporkan sudah melihat kemudahan DC United ketika melakukan kunjungan pada 23 hingga 24 Mei lalu.
Dia menyertai semula Everton pada Julai 2017 dalam perjanjian selama dua tahun selepas menghabiskan 13 musim di United dan menjadi penjaring gol terbanyak kelab gergasi Inggeris itu.
Pada musim ini, dia menjadi penjaring terbanyak Everton dengan 11 gol.