Bekas penyerang legenda Manchester United iaitu Wayne Rooney menyifatkan bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo kini bukan lagi seperti dirinya yang dahulu pada musim ini.
Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu pada musim ini hanya meledak satu gol sahaja setakat ini dan bergelut dengan prestasi tersendiri untuk tampil selaku pilihan kesebelasan utama dalam skuad.
Wayne Rooney says Cristiano Ronaldo should remain patient 🗣️ pic.twitter.com/RsYcMUMric
— ESPN UK (@ESPNUK) October 8, 2022
Ronaldo juga baru-baru ini dilihat gagal untuk mendapatkan rentak terbaik ketika dibawa turun beraksi dalam senarai utama pemain United ketik menentang Omoni FC.
Ada yang berpendapat penyerang utama Portugal itu kini mengalami rasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan cara kejurulatihan Erik ten Hag.
Pemain tersebut juga kini dikatakan sudah mula hilang sabar dengan pengendali yang berasal dari Belanda itu atas beberapa sebab dalam kejurulatihan.
Erik ten Hag speaks on Cristiano Ronaldo's impact after the Omonia Nicosia game ⬇
"I think we created a lot of chances tonight" 🗣 pic.twitter.com/F73raIjWPH
— Man United News (@ManUtdMEN) October 6, 2022
Setelah tidak lagi mendapat jaminan untuk beraksi dalam senarai kesebelasan utama bersama Ten Hag, Ronaldo kini dilihat bergelut dengan penghujung kariernya yang sangat berjaya sebelum itu.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman United, Rooney turut berkongsikan pendapat mengenai penyerang berusia 37 tahun itu mengenai masa memang akan mengejar segalanya.
“Setiap pengurus pastinya akan menggunakan kaedah berbeza untuk mencapai kejayaan dalam permainan diterapkan.
“Cristiano, dirinya bersama Lionel Messi adalah dua pemain terhebat yang pernah wujud dalam bola sepak, tetapi akhirnya masa telah pun mengejar kita semua dan tak semua akan terus konsisten seperti dahulu.
“Ronaldo perlu tahu dirinya ketika ini bukan lagi seperti beliau berusia 22 atau 23 tahun lalu. Ianya pasti sukar buat pemain tersebut kini.
“Saya mengenali beliau, pastinya sukar buat Ronaldo untuk menerima hakikat berada di bangku simpanan.
“Tetapi saya pasti sekiranya beliau terus sabar, peluangnya untuk kembali merebut kesebelasan utama skuad tetap akan ada nanti,” jelas Rooney mengenai Ronaldo kini menerusi Sport Bible.
Khabar angin turut menyatakan Ronaldo mungkin akan berpindah ke pasukan baharu tidak lama lagi dengan Galatasaray berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Real Madrid itu.
🚨 Galatasaray are ready to do anything to sign Cristiano Ronaldo. 🇹🇷
🎙️ The club's vice-president said: "We have come across names that defy dreams." 😱
(Source: @fotomac) pic.twitter.com/DU6IixxPyf
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 6, 2022
Kepulangan Ronaldo sejak musim lalu bersama United sebenarnya berjaya memberi impak positif buat skuad tersebut, apabila beliau berjaya meledak 18 gol dalam saingan EPL.
Namun musim ini segalanya jelas tidak menjadi buat pemain tersebut dan Ronaldo jelas hanya memulakan musim ini selaku kesebelasan utama hanya sekali sahaja dalam saingan liga dan selebihnya berada di bangku simpanan.