Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol dari sepakan penalti untuk menjadikan jumlah jaringan kepada 10 gol dari enam perlawanan lalu, untuk membantu Juventus menewaskan Fiorentina 3-0.
Pasukan tuan rumah diberikan sepakan penalti kali pertama kerana bola terkena tangan pemain lawan, dan Ronaldo mudah menyumbat masuk pada minit ke-40 perlawanan.
Kemudian, Rodrigo Bentacur dipersalahkan kerana melakukan foul di dalam kotak penalti, untuk Ronaldo sekali lagi mengegarkan jaring Fiorentina hasil dari sepakan penalti pada babak akhir perlawanan.
Good to get back to victories and happy to score again in our stadium!⚽⚽
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) February 2, 2020
Proud to reach 50 goals with the bianconeri shirt!💪🏽#finoallafine #forzajuve pic.twitter.com/pzBrER9Uzt
Selepas itu, pemain pertahanan yang tiba dari Ajax pada musim panas lalu, Matthijs de Ligt, menanduk masuk gol ketiga Juventus pada masa kecederaan.
Ronaldo kini telah menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut untuk Juventus, dan menjadi pemain pertama berbuat demikian sejak David Trezeguet pada Disember 2005.
Pemain antarabangsa Portugal itu juga kini telah menghasilkan 50 jaringan, hanya dari 70 penampilan sejak menyertai kelab gergasi Itali itu pada 2018.
Sebelum berhijrah ke Turin, Ronaldo sudah pun menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid.
50 goals in 70 games.@Cristiano hits another landmark in Italy ⚫⚪ pic.twitter.com/LamLznNTJB
— B/R Football (@brfootball) February 2, 2020
Sepanjang berada di Santiago Bernabeu, Ronaldo telah menghasilkan 451 gol daripada 438 perlawanan. Ia membantu beliau merangkul 16 piala, termasuka 4 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropan (UCL).
Tiga daripada kejuaraan eropah itu dicapai secara berturut-turut.
Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan Juventus di tangga teratas Serie A dengan mata keseluruhan 54 mata dari 22 perlawanan – enam mata mengatasai Inter Milan.