2 gol jaringan Cristiano Ronaldo ke atas Sevilla awal pagi tadi membolehkan beliau mencipta satu lagi rekod unik dalam karier beliau.
Real Madrid menang 4-1 ke atas Sevilla. Real Madrid mendahului menerusi jaringan Nacho yang membuatkan Jorge Sampaoli marah dengan pengadil kerana membenarkan jaringan tersebut.
3 gol lagi hasil sumbangan Ronaldo (2) dan Toni Kroos. Kemenangan yang terus meletakkan mereka di driving seat untuk kejuaraan liga musim ini.
Statistik menunjukkan Ronaldo sehigga kini sudah menjaringkan 366 gol dalam liga di Eropah dalam liga yang berbeza-beza.
Jumlah jaringan ini menyamai lagenda Jimmy Greaves yang melakukannya dari 1957-1971. Ianya lebih 45 tahun yang lalu.
ALL TIME RECORD!!! Cristiano Ronaldo equals @jimmy_greaves as player with most goals in the top 5 European leagues (366 goals each) pic.twitter.com/vmJVmI0KRo
— MisterChip (English) (@MisterChiping) May 14, 2017
Selain Ronaldo 2 lagi pemain yang aktif ketika ini, Lionel Messi dengan 346 gol manakala Ibrahimovic pula dengan 268 gol.
Lagenda AS Roma, Francesco Totti pula sudah melakukan 250 gol liga secara keseluruhannya. Berikut adalah senarai 19 teratas untuk jumlah jaringan liga di 5 liga utama Eropah setakat ini.
Ronaldo menjadi tumpuan Eropah selepas beraksi cemerlang bersama Sporting. Beliau kemudian dibangunkan Sir Alex Ferguson menjadi penyerang serba boleh di Manchester United.
Setelah berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pemain terbaik dunia, Real Madrid datang untuk mendapatkan khidmat beliau.
Satu persatu rekod dipecahkan Ronaldo ketika di Real Madrid. Beliau sudah pun bersetuju untuk menyambung kontrak dengan Real Madrid.
Beliau kini antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.