Ronaldo Tinggalkan Real Madrid Kerana Perez Menganggapnya Alat Perniagaan

Cristiano Ronaldo tinggalkan Real Madrid pada pra musim yang lalu. Dan beliau membuka mulut tentang sebab utama beliau meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus dengan nilai €100 juta pada pra-musim lalu.

Pemergian Ronaldo sebelum ini dikaitkan dengan isu permintaan gaji yang tinggi dan Real Madrid dikatakan enggan memenuhinya. Namun begitu, beliau menyatakan ianya bukan sebab gaji. Tetapi kerana Perez.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez hanya melihat Ronaldo sebagai alat perniagaan. Alat untuk mengaut wang daripada publisiti. Ronaldo merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid.

Beliau membantu Real Madrid memenangi 15 trofi termasuk 4 UCL dan 2 La Liga ketika bermain untuk kelab tersebut. Ronaldo kecewa kerana Perez lebih menganggap beliau sebagai rakan perniagaan daripada sebagai seorang manusia dan pemain Real Madrid. Bercakap kepada France Football, Ronaldo menyatakan:

“Beliau hanya melihat saya sebagai satu hubungan perniagaan. Saya tahu akan hal itu. Apa sahaja yang dia katakan tidak jujur daripada hatinya.”

Bildnummer: 04596296 Datum: 06.07.2009 Copyright: imago/Alterphotos
Präsident Florentino Perez (re.) präsentiert Neuzugang Cristiano Ronaldo (beide Real Madrid) – PUBLICATIONxINxGERxSUIxAUTxPOLxDENxNORxSWExONLY (20090706ACER6955); Vdig, quer, close, Funktionär Primera Division 2009/2010, 1. Spanische Liga, Real Madrid CF, Präsentation, Pressetermin Madrid Fußball Herren Mannschaft Spanien Gruppenbild Randmotiv Personen
Image number 04596296 date 06 07 2009 Copyright imago Alterphotos President Florentino Perez right presents Newcomer Cristiano Ronaldo both Real Madrid PUBLICATIONxINxGERxSUIxAUTxPOLxDENxNORxSWExONLY Vdig horizontal Close Functionary Primera Division 2009 2010 1 Spanish League Real Madrid CF Presentation Press call Madrid Football men Team Spain Group photo Rand motive Human Beings

Jelas sekali Ronaldo tinggalkan Real Madrid kerana kecewa dengan sikap hipokit Perez. Dan lebih teruk Perez mendakwa Ronaldo sendiri yang mahu meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus. Sedangkan menurut Ronaldo ketika menerima bidaan daripada Juventus, Florentino Perez kelihatan mempertimbangkan tawaran itu.

Perez tak bersungguh-sungguh apabila menyatakan Real Madrid tidak mahu menjual Cristiano Ronaldo.

“Saya rasakan di dalam kelab itu, terutama sekali Presiden, mereka tidak lagi melayan saya sama seperti mana mula-mula saya tiba di Real Madrid.”

TOPSHOT – Real Madrid’s Portuguese forward Cristiano Ronaldo (L) and Real Madrid’s Spanish defender Sergio Ramos celebrate at Cibeles square in Madrid on May 27, 2018 after Real Madrid won their third Champions League title in a row in Kiev. (Photo by BENJAMIN CREMEL / AFP) (Photo credit should read BENJAMIN CREMEL/AFP/Getty Images)

“Pada 4 atau 5 musim pertama saya ada merasakan diri menjadi Cristiano Ronaldo dan perasaan itu semakin berkurangan selepas itu.”

“Presiden melihat mata saya ketika bercakap dan saya tahu apa yang dia luahkan tak sama dengan apa di dalam fikiranny. Saya merasakan diri seperti sudah tak lagi diperlukan oleh mereka. Anda tahu maksud saya kan?”

“Itulah yang menyebabkan saya mulai berfikir untuk pergi. Kadangkala saya membaca berita, mereka menyatakan bahawa saya meminta untuk keluar. Dan kebenarannya adalah, saya sentiasa merasakan yang presiden tak akan menghalang saya pergi (jika ada tawaran tinggi kepada mereka).”

Menjelaskan tentang isu permintaan gaji yang kononnya Ronaldo meminta gaji sama dengan Lionel Messi, beliau menjelaskan:

“Ini bukan soal wang. Kalau saya nakkan wang yang banyak, saya boleh ke China. Mereka menawarkan saya gaji 5 kali ganda lebih daripada apa yang saya dapat sekarang di Juventus.”

“Di sini, saya mendapat jumlah gaji yang sama di Madrid, mungkin lagi rendah (mungkin merujuk kepada klausa bonus).”

“Bezanya adalah, Juventus benar-benar mahukan saya. Mereka memberitahu dan menunjukkan minat mereka ke atas saya secara terang-terangan.”

Wartawan kemudian bertanya spekulasi yang mengaitkan pemergian beliau kerana Zidane pergi. Ronaldo menyangkal dakwaan itu.

“Keputusan saya untuk pergi tiada kaitan dengan pemergian beliau. Tetapi ada perkara kecil yang membuatkan saya rasa kecewa dengan situasi yang berlaku di kelab (Real Madrid).”

Ditanya sama ada beliau mengimpikan Ballon d’Or ke-3 berturut-turut, Ronaldo mengakui ya! Beliau berimpian mahukan Ballon d’Or ke-6 itu.

“Rasanya saya berhak mendapatnya tahun ini. Ya saya mengimpikan Ballon d’Or ke-6. Dalam hal ini saya mahu mengatasi Lionel Messi.”

Berkenaan dengan dakwaaan merogol yang dikenakan ke atasnya. Ronaldo menafikan dia terlibat dalam salah laku itu. Beliau mengakui terkesan dengan berita itu.

“Sudah tentunya saya terkesan. Cerita itu mengganggu hidup saya. Saya ada teman hidup, ada 4 orang anak, seorang ibu yang semakin tua, ada adik beradik, ada keluarga yang sangat rapat dengan saya.”

“Itu belum kira lagi reputasi saya yang menjadi contoh orang ramai. Bayangkan anda dituduh merogol dengan anda memiliki kesemua perkara itu.”

“Saya tahu siapa diri saya dan apa yang saya buat. Kebenaran pasti akan keluar jua suatu hari nanti. Dan orang-orang yang mengkritik saya atau berusaha untuk menjaja hidup saya hari ini, mereka yang menjadi sarkas, orang-orang ini yang akan terbuka matanya nanti.”

“Saya sudah menjelaskan kepada pasangan saya. Manakala anak saya, Cristiano Jr, terlalu muda untuk memahami perkara ini. Itu antara perkara yang paling teruk untuk diterima oleh ibu dan adik saya. Mereka sangat terkejut, dan pada masa yang sama sangat marah. Inilah kali pertama saya melihat mereka dalam keadaan sebegitu marah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN