Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol yang ke 400 tetapi ia belum cukup untuk membantu Juventus yang sekadar seri 1-1 dengan Genoa, dalam aksi Serie A, awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Juventus gagal meneruskan rekod cemerlang kelab itu dalam awal saingan musim ini dengan menang semua perlawanan.
🔥⚽️ @Cristiano 🔥⚽️#JuveGenoa #CR7JUVE #ForzaJuve pic.twitter.com/KGTSpldJ9H
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) October 20, 2018
Dengan lapan kemenangan direkodkan dalam saingan Serie A dan dua untuk kempen Liga Juara-Juara, Juventus pada awalnya dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata, selepas Ronaldo meletakkan pasukan itu di depan hasil jaringannya pada babak pertama.
Bagaimanapun, skuad kendalian Massimiliano Allegri seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik menambah gol, sebaliknya Daniel Bessa menyamakan kedudukan buat Genoa pada babak kedua.
.@Cristiano: Man of the Match – @juventusfc vs Genoa
Rating – 7.86
Goals – 1
Hit Woodwork – 1
Shots – 11
Aerial Duels Won – 2
Dribbles – 1Full player statistics — https://t.co/jj6HJN2Wgt pic.twitter.com/cv1sNWhvbb
— WhoScored.com (@WhoScored) October 20, 2018
Biarpun dipalit dengan tuduhan merogol, namun fokus Ronaldo dilihat tidak terjejas apabila dia meledak gol kelima untuk majikan baharunya itu sejak berpindah dari Real Madrid.
Ia adalah gol ke-400 sepanjang kerjaya pemain berusia 33 tahun itu dalam lima liga utama Eropah, sekali gus menjadikannya pemain pertama berjaya mencecah angka itu.
Cristiano Ronaldo becomes the first player to score 400 goals in Europe’s top five leagues pic.twitter.com/N7QxMKbJhC
— B/R Football (@brfootball) October 20, 2018
Penyerang Barcelona, Lionel Messi kedua terbaik dengan menghasilkan 389 gol.
Ronaldo akan kembali ke Old Trafford bagi berdepan kelab lamanya, Manchester United untuk aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1053682878863810560
Sementara itu, Napoli merapatkan jurang kepada empat mata dengan Juventus selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut dan tiga perlawanan tanpa bolos apabila menewaskan Udinese 3-0.
Terdahulu, AS Roma menewaskan 2-0 ke atas SPAL sekali gus memusnahkan harapan lawan mereka itu untuk merekodkan kemenangan keempat berturut-turut.