Pada tahun 2017 yang lalu, dunia dikejutkan dengan perpindahan Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) apabila mencatatkan rekod perpindahan paling termahal dalam sejarah bola sepak.
Namun selepas dua tahun, Neymar kerap kali dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
Spekulasi Neymar berpindah ke Santiago Bernabeu itu berterusan sejak perpindahan mengejut Cristiano Ronaldo ke Juventus, perkembangan yang menyaksikan kekosongan di Madrid untuk pemain elit.
You knew it was coming…
Sport report Real Madrid are ready to spend €350 million for Neymar. 🤑
Thoughts? pic.twitter.com/z5imfAElkp
— GOAL (@goal) March 9, 2019
Berita mengenai perpindahan Neymar ke Real Madrid itu turut mendapat perhatian legenda bola sepak Brazil yang juga merupakan bekas pemain kelab itu – Ronaldo Luis Nazario De Lima.
Ronaldo memberikan pandangannya mengenai perpindahan Neymar. Menurutnya, beliau meramalkan yang bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu berkemungkinan akan kembali ke Sepanyol dalam waktu terdekat ini.
“Sejujurnya saya tidak tahu apapun mengenai masa depan Neymar,” kata Ronaldo dipetik menerusi kenyataan Goal.
“Saya fikir bahawa khabar angin (Neymar ke Real Madrid) telah kedengaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Terdapat banyak khabar angin tentang dia, tetapi saya tidak fikir ada apa-apa yang serius tentang dia dan Real Madrid.”
“Neymar adalah pemain yang hebat dan semua kelab mahu memilikinya. Tetapi saya nampak bahawa dia tidak akan terlibat dalam pasaran perpindahan selepas ini.”
Tak adil
Dalam temubual tersebut, Ronaldo mengambil kesempatan untuk mempertahankan Neymar – yang sering dikritik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ronaldo menganggap kritikan yang menimpa Neymar bukan kritikan yang adil dilemparkan keatas pemain berusia 26 tahun itu.
Neymar sering menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak di dalam atau di luar padang apabila pemain itu melakukan sesuatu perkara yang menarik perhatian ramai.
“Di dalam bola sepak, kritikan itu selalu ada. Saya juga sering dikritik dengan tidak adil dan kita tidak boleh melakukan apa-apa mengenai hal itu.”
“Saya melihat Neymar sebagai anak yang pintar dan berbakat. Dia mengalami dua kecederaan serius yang mengurangkan masa bermainnya dan kecederaan itu mewujudkan pelbagai kontroversi keatasnya.”
“Namun saya rasa kebanyakan kritikan kepadanya itu bukan kritikan yang adil. Saya percaya kepada dirinya dan saya yakin ia boleh memperbetulkan situasi itu,” kata Ronaldo.