Ronaldo Jemput Lionel Messi Datang Ke Itali Bagi Menjawab Kritikan

Cristiano Ronaldo berpendapat Lionel Messi mungkin patut datang ke Serie A untuk menjawab kritikan ke atasnya.

Beliau juga berpendapat jika di Serie A, perseteruan di antara mereka berdua akan dihidupkan kembali. Dan ianya akan membantu Messi menjadi lebih baik.

Cristiano Ronaldo menyatakan pandangannya itu selepas ditanya tentang pandangan beliau di atas komen Pele.

Pele menyatakan Messi tak layak dibandingkan dengan Pele. Ini kerana menurut Pele, Messi hanya ada satu kaki, satu skil dan tak boleh menanduk dengan betul.

Barcelona menyindir Pele selepas aksi cemerlang Messi membantu Barcelona menang ke atas Espanyol baru-baru ini.

Bercakap kepada Gazzetta dello Sport, ditanya sama ada Ronaldo merindui Messi, beliau menjawab: “Tidak! Namun mungkin beliau merindui saya.”

Menurut Cristiano Ronaldo lagi; Lionel Messi akan merasai cabaran dan pengalaman baharu sekiranya beliau memutuskan untuk keluar dari Sepanyol.

Ronaldo mengambil contoh daripada pengalaman beliau sendiri yang sudah bermain di banyak negara.

“Saya sudah bermain di England, Portugal Sepanyol dan Itali serta dalam pasukan kebangsaan. Namun beliau masih lagi di Sepanyol. Mungkin beliau perlukan lebih daripada itu.”

“Bagi saya kehidupan ini satu cabaran. Dan saya suka membuatkan orang lain gembira. Saya berharap beliau dapat datang ke Itali suatu hari nanti, saya akan mengalu-alukannya. Tengok macam saya, terima cabaran baharu.”

“Namun begitu, jika beliau gembira di Sepanyol, saya menghormati pilihan beliau.”

Ronaldo tidak bersetuju dengan kenyataan yang melabel Lionel Messi bukan permainan bagus dan memiliki skill yang terhad. Bagi Ronaldo Lionel Messi adalah seorang pemain yang luar biasa.

“Beliau pemain luar biasa, seorang yang baik hati. Namun saya tak merindui apa apa di sini [berkaitan perseteruan dengan Messi di Sepanyol]. Ini kehidupan baharu saya dan saya gembira.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN