Ronaldo Memberitahu Dunia Dia Adalah GOAT Sebenar Bukannya Messi

Sebaik sahaja menjaringkan gol pertama menentang Sepanyol awal pagi tadi, Ronaldo berlari ke penjuru padang dan menunjukkan isyarat dia sedang membelai janggut.

https://twitter.com/ImVarun_Gowda/status/1007866171561930753

Mesejnya jelas, Ronaldo mahu memberitahu bahawa beliau adalah GOAT yang sebenar bukannya orang lain termasuk Lionel Messi. GOAT adalah singkatan kepada Greatest Of All Time ataupun yang terbaik sepanjang zaman.

Sebelum Piala Dunia, Adidas membuat satu iklan khas mengiktiraf Lionel Messi sebagai GOAT. Ia telah mengundang banyak reaksi.

Ketika jaringan pertama itu dilakukan Ronaldo telah menjadi pemain Portugal pertama menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia.

Beliau juga menjadi pemain ke-4 menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia sepanjang zaman.

Cristiano Ronaldo turut menjadi pemain pertama dalam sejarah menjaringkan gol dalam 8 kejohanan major.

Ronaldo tidak berhenti di situ, beliau menambah 2 lagi gol dalam perlawanan ini. Gol ketiga untuk hatrik beliau memang gol yang anda boleh tengok ulangannya pada bila-bila masa.

Ia menjadikan beliau sebagai pemain paling tua untuk menjaringkan hatrik dalam pusingan akhir Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo sekali lagi memikul satu pasukan di bahu beliau dengan aksi individual yang luar biasa untuk memastikan Portugal selamat daripada tewas perlawanan sukar menentang Sepanyol.

Agak menarik kerana Cristiano Ronaldo adalah duta Nike dan Messi pula duta Adidas. Mohon Nike terbitkan satu iklan khas selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN